Sekolah Kebangsaan Seri Bandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Bandar
Lokasi
 Malaysia Jalan Ayer Leleh,, 75050, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERBAKTI
Nombor sekolah06-2831020
Kod sekolahMBB2039
Pengerusi PIBGEncik Abd Razak bin Hasan
Guru besarTn Hj Rozaimee bin Hj Muszali
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hanitah binti Osman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Azlan bin Abd Hamid
Penolong Kanan KokurikulumTn Hj Zainal bin Daud
Faks6062831020


Sekolah Kebangsaan Seri Bandar atau nama ringkasnya SK Seri Bandar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Air Leleh Melaka.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar memiliki 407 orang murid termasuk murid prasekolah dan ppki, dan jumlah tenaga pengajar guru seramai 40 orang serta AKP seramai 6 orang.

Latar Belakang Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka di pertengahan tahun 1976.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Daripada awal penubuhan sekolah sehingga 2020, SK Seri Bandar telah mendapat pimpinan di bawah 16 orang Guru Besar seperti senarai di bawah :

  1. En Tan Beng Hooi
  2. En Ramli bin Johan
  3. En S. Balasubramaniam
  4. En Sahari bin Abd Ghani
  5. En Sulaiman bin Hashim
  6. En Muhamat bin Ali
  7. Tn. Hj Ahmad bin Haron
  8. En Leong Weng Song
  9. Tn. Hj Isa bin Hj. Bachek
  10. Tn. Hj Norbin Hj Baba
  11. En Mohd Ali bin Yusop
  12. En Tan Kwee Lim
  13. Pn Hjh Zaharah binti Hj Shafee
  14. En Edie Gan
  15. En Abd Rahman bin Mat
  16. Tn Hj Rozaimee bin Hj Muszali

Matlamat, Moto, Cogan Kata dan Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Matlamat SK Seri Bandar :

         Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.  

         Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.  

         Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. 

         Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Moto SK Seri Bandar :

S     =     Semangat

K    =     Kesungguhan

S     =     Sehingga

B    =     Berjaya

Cogan Kata SK Seri Bandar :

“BERILMU BERBAKTI”

Lagu Sekolah

Seri Bandar sekolah indah

Gagah kukuhnya di padang megah

Mari kita mengorak langkah

Bersungguh - sungguh

Bersama agar berjaya

Patuhlah Rukun Negara

Peraturan sekolah diamalkan

Berilmu berbakti cogan kata kita

Yang kita idamkan

Rajinlah tekunlah

Pada tiap masa

Tanam cita - cita

Mencari jaya hidup sejahtera

Persekitaran Sekolah[sunting | sunting sumber]

SK Seri Bandar merangkumi Blok Pentadbiran, Dewan Hikmah, Dataran Hikmah, Makmal Komputer, Blok Pra Sekolah, Kantin, Surau, Padang dan prasarana yang lain lagi.

Dataran Hikmah SK Seri Bandar
Taman Herba SK Seri Bandar
Makmal Komputer SK Seri Bandar
Pra Sekolah SK Seri Bandar
Laluan Bilik Mesyuarat SK Seri Bandar
Laluan di SK Seri Bandar
Blok bangunan PPKI
Kantin SK Seri Bandar

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SK Seri Bandar telah berjaya mencapai pelbagai pencapaian yang membanggakan yang mengharumkan nama sekolah. Berikut merupakan senarai kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2017.

  1. Memenangi naib johan peringkat kebangsaan dalam pertandingan "WarCry" sempena Hari Guru 2017
  2. Memenangi tempat keempat peringkat kawasan Ayer Keroh dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2017

Aktiviti Kemerdekaan 2017[sunting | sunting sumber]

Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dijalankan pelancaran dengan meriah pada tahun 2017.

Aktiviti Kemerdekaan
Persembahan pakaian tradisional
prasekolah
Laungan Kemerdekaan
Nyanyian lagu patriotik
bulan kemerdekaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Bandar
Jalan Ayer Leleh,
75050, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2831020
Faks = 6062831020

Pautan luar[sunting | sunting sumber]