Sekolah Kebangsaan Seri Bemban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Bemban
Lokasi
 Malaysia Km 22,Bemban, 77200, Bemban,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTaat, Tekun, Tabah
Nombor sekolah6065217834
Kod sekolahMBA1015
PengetuaEn. Jasni b. Hj. Ramli
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Azlinda bt. Ebrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Bibi bt. Jantan
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ismail b. Md. Sani
Faks6065217834


[sunting | sunting sumber]

Reka Bentuk

Reka bentuknya merupakan bentuk sebuah gasing. Salah satu dari permainan tradisional rakyat Malaysia. Lambang penyatuan rakyat.

Motto-3T

TAAT     Mengikut undang-undang atau peraturan.

TEKUN   Tekun dalam segala kerja.

TABAH   Tabah menghadapi cabaran.

Lain-lain lambang

Lima gelung rotan - Sukan dan permainan

Buku - Gedung Ilmu 

Pokok - Melambangkan cita-cita yang sentiasa bertunas. 


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Bemban
Km 22,Bemban
77200, Bemban
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065217834
Fax = 6065217834

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Bemban dahulu dikenali sebagai Sekolah Melayu Ayer Panas.

Sekolah Kebangsaan Seri Bemban atau nama ringkasnya SK Seri Bemban, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 22 Bemban, 77200 Bemban, Melaka.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Bemban memiliki 309 pelajar lelaki dan 267 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 576 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

SEJARAH YANG TERDAHULU

Sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam membina dan merubah  kehidupan sesebuah masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesesuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Disinilah tempat kita membina negara bangsa. Negara tidak akan maju dan mencapai wawasan sekiranya tanpa sistem pendidikan yang berkesan dan tiada penyediaan modal insan yang seawalnya. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasinya sahaja yang berkesan teapi pengurusannya lemah, maka citi-cita negara dan perbelanjaaan yang begitu besar diperuntukan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau di bilik guru besar dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Panorama SK Seri Bemban Latarbelakang Sekolah Peringkat Awal “ILMU ITU SULUH HIDUP”. Menyedari hakikat sepotong ayat ini maka kata sepakat telah dibuat oleh sekumpulan penduduk kampung terpencil lebih dari setengah abad yang lalu untuk mendapatkan sebuah institusi khusus tempat anak-anak mereka belajar. Mukim Ayer Panas telah diterokai oleh lima orang sahabat. Masing-masing bergelar Tok Simpang yang dimakamkan di Kampung Asam Kumbang, Tok Majid , dimakamkan di Kampung Ulu Duyung, Tok Panglima Hitam dan Tok Pulau dimakamkan di Kampung Ayer Panas dan Tok Segading dimakamkan di Kampung  Lubok Kasar. Mereka berasal dari Tanah  Palembang dan sampai ke mukim ini pada penghujung tahun masihi 1800. Sekolah Pondok Pada tahun 1924 dengan kesedaran yang mendatang dan muafakat penduduk kampung, sebuah pondok telah didirikan di Kampung Ulu Duyung sebagai sekolah. Tapak bangunan ini telah diwakafkan oleh seorang penduduk kampung. Luas bangunan yang telah didirikan lebih kurang 12 m kali 6 meter. Sekolah ini didirikan dengan cara bergotong –royong. Murid-murid menerima pelajaran sambil duduk bersila. Bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan daun rumbia sebagai atap telah digunakan.Tiada nama khusus  untuk sekolah ini. Tokoh terpenting yang mengasaskan sekolah ini ialah Datuk Penghulu Haji Yusof bin Aman. Pada peringkat awal seramai 40 orang murid telah di tempatkan di sekolah ini. Kesemua murid-murid adalah lelaki. Matapelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu yang terbahagi kepada tiga aspek   iaitu Bacaan, Ejaan dan Tulisan (Jawi dan Rumi), Kira-kira, Tawarih, Ilmu Alam, Kesihatan, Senaman, Agama Islam dan anyaman serta kerjatangan. Guru yang pertama bertugas ialah Allahyarham Cikgu Md Din bin Hj Joned. Beliau mendapat didikan dari Maktab Perguruan Sultan Idris(sekarang dikenali sebagai UPSI) Tanjung Malim Perak.Tanggungjawab seorang guru  amatlah berat pada masa itu. Bertugas bersendirian dan terpaksa bertindak sebagai pentadbir (Guru Besar) dan guru bagi semua matapelajaran. Segala hal berhubung dengan sekolah terpikul dibahunya. Pada tahun 1926, seramai enam orang murid perempuan mula belajar di sekolah ini. Murid yang cerdik telah naik ke darjah dua dan tiga. Darjah tiga merupakan darjah tertinggi. Untuk mengatasi kekurangan tenaga pengajar, murid-murid yang cerdik telah dipilih untuk membantu tugas guru. Pakaian murid lelaki pada masa itu ialah biru  dan seluar hitam. Murid perempuan pula memakai baju  kurung. Tiada had umur yang ditetapkan bagi murid yang mahu bersekolah. Sekolah permulaan ini telah berkekalan sehingga tahun 1932. Perkembangan Pada 2.3.1932 sebuah sekolah baru yang lebih selesa telah didirikan. Sekolah ini letaknya lebih kurang satu kilometer dari bangunan lama. Tapak sekolah yang lama tidak dapat digunakan lagi kerana terlalu kecil dan tidak sesuai dengan bangunan baru. Luas kawasan yang baru ini hampir setengah hektor. Ianya dibina di atas tanah kerajaan. Ianya juga mendapat bantuan penuh dari kerajaan. Bangunan ini berbentuk ‘I’ dan dua tingkat. Tidak ada sekatan bilik darjah. Bilik darjah hanya disekat dengan papan adang-adang. Sekolah ini pada permulaannya dikenali sebagai Sekolah Melayu Ayer Panas kemudian ditukar menjadi Sekolah Umum Ayer Panas dan bertukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Ayer Panas. Sebuah  rumah guru juga telah didirikan berhampiran dengan bangunan sekolah. Bangunan rumah guru ini terpaksa diruntuhkan kerana projek pembinaan bangunan   baru. Bangunan Baru Pada 31.1.1981, sebuah bangunan baru yang lebih moden telah didirikan oleh kerajaan dengan belanja lebih kurang dua ratus ribu ringgit. Bangunan ini didirikan sepenuhnya oleh kerajaan. Bangunan batu dua tingkat ini dilengkapi dengan empat bilik darjah, bilik tayang, bilik perpustakaan (kedua-dua adalah diubahsuai dari bilik darjah ) bilik guru dan pejabat. PIBG telah sebulat suara memberikan nama baru kepada sekolah ini. Atas persetujuan ramai dan kelulusan dari pihak  berkuasa ,sekolah ini telah diberi nama “SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN". Ini mengambil sempena nama pokok-pokok bemban yang banyak terdapat di kawasan ini pada satu masa dahulu. Bangunan Tambahan  Atas usaha gigih dan sokongan kuat Guru Besar dan PIBG sekarang, sebuah bangunan tambahan telah dibina pada bulan Februari 1989. Bangunan ini didirikan adalah untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Bangunan Terbaru Pada 15.1.1997, JKKK Ayer Panas, telah bermesyuarat untuk memohon sebuah lagi bangunan tambahan bagi menampung kepadatan penduduk memandangkan adanya taman-taman perumahan di persekitaran kawasan sekolah. Dengan peruntukan dari kerajaan, satu lagi bangunan baru tiga tingkat telah dibina pada awal bulan Februari 1997. Bangunan ini terdiri dari lapan bilik darjah, satu bilik sains, satu bilik KH dan satu bilik komputer. Bangunan ini siap digunakan pada 7.3.1998. Terkini Pada  awal  tahun 2007, sebuah bangunan makmal komputer telah dibina bagi pembelajaran ICT. Dengan adanya makmal komputer ini, maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran kini lebih menarik menggunakan teknologi "ICTL" yang canggih dan terkini."Ilmu Itu Suluh Hidup", Menyedari hakikat sepotong ayat ini maka kata sepakat telah dibuat oleh sekumpulan penduduk kampung terpencil lebih dari setengah abad yang lalu untuk mendapatkan sebuah institusi khusus tempat anak-anak mereka belajar. 

Mukim Ayer Panas telah diterokai oleh lima orang sahabat. Masing-masing bergelar Tok Simpang yang dimakamkan di Kampung Asam Kumbang, Tok Majid dimakamkan di Kampung Ulu Duyung, Tok Panglima Hitam dan Tok Pulau dimakamkan di Kampung Ayer Panas dan Tok Segading dimakamkan di Kampung Lubuk Kasar. Mereka berasal dari Tanah Palembang dan sampai ke mukim ini pada penghujung tahun 1800 masihi.Pada tahun 1924, dengan kesedaran yang mendatang dan muafakat penduduk kampung, sebuah rumah pondok telah didirikan di Kampung Ulu Duyung sebagai sekolah. Tapak bangunan ini telah diwakafkan oleh seorang penduduk kampung. Luas bangunan yang didirikan lebih kurang 12 meter kali 6 meter. 

Bangunan sekolah ini didirikan secara bergotong-royong. Murid-murid menerima pelajaran sambil duduk bersila. Bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan daun rumbia sebagai atap telah digunakan. Tiada nama khusus untuk sekolah ini. Tokoh terpenting yang mengasaskan sekolah ini ialah Datuk Penghulu Haji Yusoh Bin Aman.

Pada Peringkat awal, seramai 40 orang murid telah ditempatkan di sekolah ini dan kesemua muridnya adalah lelaki. Matapelajaran yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Melayu yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu Bacaan, Ejaan dan Tulisan (Jawi dan Rumi), Agama Islam, anyaman serta kerjatangan.

Guru pertama yang bertugas ialah Allahyarham Cikgu Md Din Bin Hj. Joned. Beliau mendapat didikan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris). Tanggungjawab seorang guru amatlah berat pada masa itu. Bertugas bersendirian dan terpaksa bertindak sebagai pentadbir (Guru Besar) dan guru bagi semua matapelajaran. Segala hal berhubung dengan sekolah terpikul dibahunya.

Pada tahun 1926, seramai enam orang murid perempuan mula belajar di sekolah ini. Murid yang cerdik telah naik ke darjah dua dan tiga. Darjah tiga merupakan darjah tertinggi. Bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar pada masa itu, murid yang cerdik telah dipilih untuk membantu tugas guru.

Pakaian murid lelaki pada masa itu ialah baju biru dan seluar hitam. Murid perempuan pula memakai baju kurung. Tiada had umur yang ditetapkan bagi murid yang mahu bersekolah. Sekolah permulaan ini telah berkekalan sehingga tahun 1932.

Pada 2.3.1932 sebuah sekolah baru yang lebih selesa telah didirikan. Sekolah ini letaknya lebih kurang satu kilometer dari bangunan lama. Tapak sekolah yang lama tidak dapat digunakan lagi kerana terlalu kecil dan tidak sesuai dengan bangunan baru. Luas kawasan yang baru ini hampir setengah hektar. Ianya dibina di atas tanah kerajaan. Ianya juga mendapat bantuan penuh dari kerajaan.

Bangunan ini berbentuk 'I' dan dua tingkat. Tidak ada sekatan bilik darjah. Bilik darjah hanya disekat dengan papan adang-adang. Sekolah ini pada permulaanya dikenali sebagai Sekolah Melayu Ayer Panas kemudian ditukar menjadi Sekolah Umum Ayer Panas dan bertukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Ayer Panas. [[|thumb| Bekas Murid SK Seri Bemban

Datuk Emran Kadir ]] Sebuah rumah guru juga telah didirikan berhampiran dengan bangunan sekolah. Bangunan rumah guru ini terpaksa diruntuhkan kerana projek pembinaan bangunan baru yang didirikan pada tahun 1982. Pada 31.1.1981, sebuah bangunan baru yang lebih moden telah didirikan sepenuhnya oleh kerajaan. Bangunan batu dua tingkat ini dilengkapi dengan empat bilik darjah, bilik tayang, bilik perpustakaan (kedua-duanya adalah diubahsuai dari bilik darjah), bilik guru dan pejabat.

PIBG telah sebulat suara memberikan nama baru kepada sekolah ini. Dengan persetujuan ramai dan kelulusan dari pihak berkuasa, sekolah ini telah diberi nama "SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN". Ini adalah kerana pokok-pokok bemban yang banyak terdapat dikawasan ini pada satu masa dahulu.

Atas usaha gigih dan sokongan kuat Guru Besar serta PIBG, sebuah bangunan tambahan telah dibina pada bulan Februari 1989. Bangunan ini mula digunakan pada 11.7.1989. Ianya terdiri dari empat buah bilik darjah, bilik tayang, Pusat Sumber dan bilik sembahyang.

Pada 15.1.1997 JKKK Ayer Panas telah bermesyuarat untuk memohon sebuah lagi bangunan tambahan bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah seiring dengan kewujudan taman-taman perumahan di sekitar kawasan sekolah.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Antara tokoh yang mendapat pendidikan awal di sekolah ini ialah Datuk Emran Kadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah


Landskap[sunting | sunting sumber]

Fail:Landskap SK Seri Bemban Dari tepi (pintu masuk).jpg
Landskap SK Seri Bemban (dari tepi / luar)

S.K Seri Bemban dihiasi dengan sebatang pokok Melaka di jalan masuk ke sekolah.

Program 2017[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hoki

Bola Baling

Bola Sepak

Olahraga

Tenis

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Pandu Puteri Tunas

Pencapaian olahraga 2011, tempat kedua kawasan Jasin dengan pungutan pingat 5 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Pasukan olahraga ini dilatih oleh Encik Junaidi Bin Yasin dan Encik Fakharuddin Bin Salleh.

Pencapaian 2013

Pada tahun 2013 pasukan bola sepak SK Seri Bemban atau Bemban Lions sekali lagi mengekalkan kedudukan di tempat yang keempat dalam kejohanan MSS 2013.

Pencapaian 2017

Robotik = NRC (National Robotics Competition) (Rookie) Peringkat Negeri Nombor 1,3 dan 8- Kini,dalam perjalanan untuk ke peringkat kebangsaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]