Sekolah Kebangsaan Seri Besout

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Besout
Lokasi
 Malaysia Felda Gunung Besout 01, 35600, Sungkai,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054311819
Kod sekolahABA0120
Faks6054311819
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Seri Besout atau nama ringkasnya SK Seri Besout, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Gunung Besout 01.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Besout memiliki 290 pelajar lelaki dan 272 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 562 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai sebuah sekolah cawangan bagi Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, Slim River pada tahun 1981. Sekolah cawangan yang bertempat di Besout 1 ini adalah bagi menampung pelajar-palajar yang terdiri daripada anak-anak peneroka Besout 1, 2, dan 3, anak-anak kaki tangan dan anak-anak pekerja perbadanan kilang sawit Besout. Kelas-kelas cawangan ini ditadbir oleh En. Mohamad b Majilah PJK.

Sekolah yang baru dibangunkan ini menghadapi serba kekurangan terutama berhubung dengan kemudahan asas seperti bangunan, bekalan air, elektrik dan jalan. Dewan dan rumah peneroka terpaksa digunakan sebagai bilik darjah bagi menampung sejumlah 264 murid.

Menjelang Januari 1983, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Besout dengan kodnya ABA 0120 dan terpaksa menampung seramai 1050 murid . jumah yang bertambah secara mendadak ini sudah tentu memerlukan lebih banyak kemudahan. Bilik-bilik darjah yang digunakan adalah projek kilat /blok kilat 6 bilik ,rumah kilang 12 buah , rumah peneroka yang diubahsuai 5 buah dan rumah peroka asal sebuah. Manakala perabotnya dipinjam daripada sekolah-sekolah berdekatan. . bekalan air hanya dinikmati pada 23 september 1985 dan dilikuti pula bekalan elektrik empat tahun kemudian iaitu 11ogos 1989

Pada September 1984 , projek pembinaan bangunan kekal yang tersergam sekarang ini dimulakan dengan perbelanjaan 1.6 juta. Projek ini menggunakan kaedah “pasang siap” dan merupakan projek sekolah yang pertama seumpamanya di Negeri Perak. Bangunan kekal ini terdiri daripada 2 blok tiga tingkat dengan 18 bilik dan sebuah kantin.

22 April 1985 bangunan telah digunakan bagi sessi pagi sahaja dan bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Besout. Majlis perasmian bangunan oleh YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada 13 November 1986. Sejak tarikh bersejarah itu sekolah ini dikenali sebagai

Sekolah Kebangsaan Seri Besout, 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kejayaan besar yang pernah diraih hingga sekarang ialah Anugerah ” Sekolah Harapan Negara” peringkat kebangsaan 1992 kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Juga pernah diiktiraf sebagai sekolah kecerian terbaik pada sambutan Hari Guru Peringkat Daerah, Batang Padang , Perak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Besout
Felda Gunung Besout 01
35600, Sungkai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054311819
Fax = 6054311819

Pautan luar[sunting | sunting sumber]