Sekolah Kebangsaan Seri Ladang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Ladang
Lokasi
 Malaysia Kampong Seri Ladang,Rengit, 83100, Batu Pahat,, Johor Darul Ta'zim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Jaya
Nombor sekolah6074244348
Kod sekolahJBA0068
Guru besarSulaiman Arjam
GPK Pentadbiran dan AkademikSiti Norhasyimah Mohd Jumain
Faks6074244348

Sekolah Kebangsaan Seri Ladang atau nama ringkasnya SK Seri Ladang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Seri Ladang,Rengit.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Ladang memiliki 125 pelajar lelaki dan 101 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 226 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Seri Ladang memiliki 80 pelajar lelaki dan 76 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 156 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2014

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Seri Ladang telah dibuka pada 3 Mac 1940. Dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat ketika itu YM Tuan Syed Esa Alwee. Nama asal sekolah ini telah diberi berdasarkan 100% penduduk adalah petani dan peladag, bersesuaian dengan kampong ini. Pengasas sekolah ini adalah Allahyarham Tuan Haji Md Noh bin Siraj, Allahyarham Naib Husin bin Abdullah dan Allahyarham Tuan Haji Ghazali bin Haji Siraj. Ketika perang dunia kedua, bangunan asal seklah ini telah musnah setelah tamat perang dunia kedua, bangunan sekolah ini telah dibina semula oleh pengasasnya Allahyarham En. Idris bin Ali, En Mualim bin Maon, En. Parman bin Abd Latif, Tuan Haji Ghazali bin Siraj dan Tuan Haji Ibrahin bin Hamdan. Pada tahun ini, genaplah usia SK Seri Ladang 75 tahun.

Bersempena 75 tahun penubuhan SK Seri Ladang pihak sekolah dan PIBG merancang untuk mengadakan Majlis Sambutan Jubli Intan dan Makan Malam Amal bertujuan untuk menyambut ulang tahun tersebut disamping dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi menambahbaik infrastruktur sekolah untuk memastikan anak-anak dapat belajar dalam suasana ang lebih kondusif dan mengikut arus kemodenan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), peranan PIBG perlu diperkasakan seperti dalam inisiatif Saranan Ibu Bapa. Adalah menjadi hasrat PIBG untuk membangunkan sekolah ini dari segi kemudahan fizikal serta aktiviti kecemerlangan murid akademik, Ko-Akademik dan pembentukan akhlak terpuji.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Ladang
Kampong Seri Ladang,Rengit
83100, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Telefon = 6074244348
Fax = 6074244348

Pautan luar[sunting | sunting sumber]