Sekolah Kebangsaan Seri Maimon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Maimon
Lokasi
Pt Othman, Pt Sulong, 83500, Parit Sulong,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (1949-05-25) 25 Mei 1949 (umur 74)
Nombor sekolah6074185277
Kod sekolahJBA0011
Faks6074185277
1°57′31″N 102°52′28″E / 1.958570°N 102.874473°E / 1.958570; 102.874473Koordinat: 1°57′31″N 102°52′28″E / 1.958570°N 102.874473°E / 1.958570; 102.874473


Sekolah Kebangsaan Seri Maimon atau nama ringkasnya SK Seri Maimon, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pt Othman, Pt Sulong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Maimon memiliki 336 pelajar lelaki dan 311 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 647 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum ditubuhkan pada 25 Mei 1949, murid-murid dari kampung Parit Othman dan kampung-kampung sekitarnya berulang-alik ke Sekolah Melayu Kampung Jawa, Parit Jalil, Batu Pahat sejauh lebih kurang 5km. Hal ini bukan sahaja menyukarkan dengan terpaksa melintas kebun dan belukar malah murid-murid juga terpaksa menyeberangi sungai Simpang Kiri dengan menaiki sampan untuk ke sekolah tersebut. Menyedari risiko yang dihadapi terutama dari aspek keselamatan murid-murid, seorang dermawan tempatan Puan Hajjah Maimunah bte Haji Ibrahim yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid-murid tersebut telah bermurah hati mendermakan sebidang tanah miliknya seluar 2 ekar, 0 rd, 20 pol untuk dijadikan tapak bangunan sekolah yang dicadangkan

25 Mei 1949 : Sebuah bangunan kayu beratap rumbia berukuran 20 x 20 kaki dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung Parit Othman dan diberi nama Sekolah Melayu Seri Maimon. En. Mohd Noor b. Hj. Arshad telah dilantik sebagai Guru Besar dengan murid seramai 135 orang dan seorang guru penolong.

1957 : Pembinaan sebuah bangunan tambahan seluas 30 x 40 kaki telah dibuat. Pada tahun ini juga nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Seri Maimon. 1960 : Pembinaan bangunan tambahan 4 bilik darjah oleh Kementerian Pelajaran.

1970 : Pembinaan sebuah banggunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, 1 pejabat guru besar, 1 bilik rehat guru dan sebuah kantin bernilai RM140,00.00.

24 Julai 1976 : SKSM telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Othman b. Hj. Saat, Menteri Besar Johor.

1985 : Pembinaan sebuah bangunan tambahan ”Projek Kilat” mengandungi 4 bilik darjah bernilai RM80,000.00.

1986 : Pembinaan sebuah banggunan ”Gotong Royong” bernilai RM50,000.00.

1990 : Pembinaan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

1993 : Pembinaan bangunan Bengkel Kemahiran Hidup bernilai RM20,000.00 atas usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Awang b. Muhmad (Setiausaha Pembangunan Menteri Besar Johor).

1 Mei 1994 : Sekolah Kebangsaan Seri Maimon telah dinaiktaraf ke Sekolah Gred A.

1999 : Sebuah bangunan 2 bilik darjah telah siap dibina dengan peruntukan JPNJ bernilai RM40 000.00. Bangunan ini dapat diguna pakai sebaik sahaja sesi persekolahan 1999 bermula.

2002 : JPNJ telah memperuntukan wang sebanyak RM120 000.00 bagi membina 2 bilik darjah, 1 tandas murid dan membaik pulih pagar sekolah. Projek ini dapat disiapkan menjelang sesi persekolahan 2002.

2003 : JPNJ telah memperuntukkan wang sebanyak RM5 000.00 bagi membina lanskap untuk projek keceriaan sekolah 2004 : Penurapan dataran kejat yang dibiayai oleh YB ADUN Seri Medan.

10 September 2006 : Pembinaan sebuah bangunan Pra Sekolah dan makmal komputer.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Maimon
Pt Othman, Pt Sulong
83500, Parit Sulong
Johor,  Malaysia
Telefon = 6074185277
Fax = 6074185277

Pautan luar[sunting | sunting sumber]