Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari
Center
Lokasi
Batu Pahat, 83000, Batu Pahat,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA JAYA
Nombor sekolah6074131255
Kod sekolahJBA0014
Pengerusi PIBGEncik Ahmad Karzan bin Abri
Guru besarEncik Saufi Hatta bin Mohd Taib
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Khairul Azian bin Mahbob
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Anizah binti Aslam
Penolong Kanan KokurikulumEncik Nor Khalid bin Musi
Laman sesawang
1°54′12″N 102°53′08″E / 1.903279°N 102.885621°E / 1.903279; 102.885621Koordinat: 1°54′12″N 102°53′08″E / 1.903279°N 102.885621°E / 1.903279; 102.885621


Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari atau nama ringkasnya SK Seri Pdg Sari atau SKSPS, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Padang Sari , Mukim IV, jalan Simpang Lima - Parit Sulong, Batu Pahat. Sekolah ini termasuk dalam kategori sekolah kurang murid. Pada tahun 2022, jumlah murid terdiri dari 40 orang murid lelaki dan 40 orang murid perempuan, dan murid Pra sekolah seramai 25 orang. Jumlah keseluruhan 105 orang murid. Guru seramai 11 orang guru dan 4 orang anggota kakitangan perlaksana. Sekolah ni kekurangan 2 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seorang dermawan iaitu Allahyarham Tuan Haji Munari Hamdani telah mendermakan sebidang tanah seluas 1 1/2 ekar untuk didirikan sebuah sekolah kerana keperihatinan beliau terhadap kepentingan menuntut ilmu bagi setiap manusia. Inisiatif beliau dengan sokongan rakan-rakan dermawan yang lain iaitu Encik Selar bin Hussin, Tuan Haji Salleh bin Haji Abdul Salam, Encik Yatim bin Rawi, Encik Idres bin Sadar Ali, Naib Nayan (wakil penduduk kampung Parit Awang) dan beberapa orang dermawan lagi. Mereka telah mendermakan wang bagi menjayakan projek pembinaan sekolah ini untuk memenuhi kepentingan pendidikan anak-anak tempatan.

Pembinaan dimulakan dengan gotong-royong oleh penduduk kampung. Pada tanggal 29 Januari 1952, tertubuhlah sebuah bangunan kayu yang dinamakan Sekolah Melayu Seri Padang Sari. Pada awal pembinaan, sekolah ini hanya mempunyai 4 bilik darjah dengan seorang guru yang bernama Encik Daud bin Othman (seorang guru rakyat). Bilangan murid ketika itu adalah seramai 80 orang. Kemudia pada tahun 1956 seorang lagi guru dihantar bertugas ke sekolah ini iaitu Tuan Haji Hamzah bin Haji Abd Karim. Beliau merupakan seorang guru terlatih merangkap guru besar pertama sekolah ini.

Sekitar tahun 60an, bangunan sekolah ini telah dibesarkan lagi dengan tambahan 2 bilik darjah. Bilangan guru dan murid juga bertambah.

Kedudukan guru-guru ketika itu adalah seperti berikut:

BIL JAWATAN NAMA
1 1 orang Guru Besar Tuan Haji Hamzah bin Haji Abd. Karim
2 1 orang guru terlatih Encik Daimon bin Haji Dahlan
3 2 orang guru rakyat Encik Saiful bin Juraimi

Encik Kadir bin Isnin

4 2 orang guru sementara Encik Mokhtaram bin Jamari

Pada tahun 1972, sekolah ini telah mendapat satu bangunan baru 2 tingkat bernilai RM90,000.00 yang mengandungi 6 bilik darjah, 1 pejabat, 1 bilik Guru Besar, 1 bilik guru dan 2 bilik stor. Bangunan tersebut adalah seperti yang ada ketika ini.

Bangunan lama (bangunan kayu) telah dijual kepada Encik Yatim bin Rawi dengan RM 900.00. bagaimanapun wang tersebut digunakan untuk melengkapkan buku-buku dan alatan perpustakaan sekolah. Bangunan baru itu mula digunakan pada tahun 1973.

Seterusnya terdapat beberapa bangunan tambahan yang telah didirikan di sekolah ini. Antaranya ialah:

1 Tahun 1990 Bangunan Kantin berharga RM12,000.00
2 Tahun 1991 Balai basikal berharga RM2,000.00 dari peruntukan wakil rakyat.
3 Tahun 1993 Bangunan bilik air tambahan berharga RM5,000.00 dari peruntukan Jabatan Pendidikan
4 Tahun 2014 -         Bangunan Pusat Sumber bernilai RM 15,000.00 dari peruntukan yang berhormat Encik Ruhanie bin Ahmad dan Yang Berhormat Dato’ Haji Redzuan bin Salim.

-         Bangunan Surau yang bernilai RM 45,000.00


Sekolah ini telah diterajui oleh empat belas orang Guru Besar dari awal penubuhan sehingga ke hari ini. Berikut di bawah ini merupakan barisan Guru Besar  yang pernah dan sedang berkhidmat di SK Seri Padang Sari.

SENARAI GURU BESAR

BIL NAMA TARIKH
1 En. Daud bin Othman 29.9.1955-1956
2 Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Abd Karim 1956-1964
3 Tn. Hj. Sufian bin Hj. Abd Rasip 1965-1972
4 Tn. Hj. Jamil bin akil 1972-1983
5 Tn. Hj. Ali bin Salim 10.9.1983-22.12.1990
6 Pn. Hjh Suratmi binti Ahmad 16.1.1991-25.7.1992
7 Pn. Sa’ah binti Januri 1.12.1992-15.3.1997
8 Pn. Hjh. Asiah binti Salleh 16.3.1997-15.6.1998
9 Tn. Hj. Abd. Samad bin Awang 16.6.1998-24.10.2000
10 Tn. Hj. Mohamed bin Hj. Juhari 25.10.2000-2013
11 Tn. Hj. Mohd Zakaria bin Marsam 2014-2015
12 En Muhammad bin Sohaini Jan 2016 hingga 31 Mei 2017
13 Tn. Hj Abu Khan bin Misran 01.08.2017 hingga 30.11.2018
14 Pn. Hanita binti Hj Ali 01.12.2018 hingga 31.9.2021
15 En. Saufi Hatta binti Mohd Taib 01.10.2021 hingga sekarang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari
Mukim IV, Kampung Padang Sari
83000, Batu Pahat
Johor,  Malaysia
Telefon: 074131255
Email: jba0014@gmail.com #sederapusahamelangkahjaya #skseripadangsari

Pautan luar[sunting | sunting sumber]