Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari
Lokasi
Jalan Rejo Sari Senggarang, 83200, Batu Pahat,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074276526
Kod sekolahJBA0062
Faks6074276526


Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari atau nama ringkasnya SK Seri Rejo Sari, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Rejo Sari Senggarang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari memiliki 242 pelajar lelaki dan 223 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 465 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1938 dengan kerjasama penduduk kampung yang diketuai oleh Tuan Haji Alias Bin Wongso iaitu ketua kampung pada masa itu.Pada mulanya seramai 30 orang murid yang belajar dengan dua orang guru. Beberapa tahun kemudian bangunan sekolah ini telah binasa akibat Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1947 berbagai usaha telah dijalankan bagi membangunkan semula bangunan ini dengan menggunakan bahan-bahan yang dicari dari hutan.Pada April 1948 bangunan ini telah di roboh akibat dipukul ribut. Hampir 100 orang murid pada masa itu terpaksa belajar di bawah serpihan bangunan yang runtuh.

Hasil Usaha dan kerjasama penduduk kampung, bangunan baru dapat didirikan pada bulan September 1949. Bangunan ini berukuran 50 x 20 kaki persegi yang berlantai papan dan beratap rumbia di bawah pembiayaan penduduk kampung sepenuhnya. Pada 09 Mac 1950 , Pegawai Daerah Batu Pahat iaitu Dato’ Mohd.Sith Bin Md.Said telah merasmikan bangunan sekolah tersebut. Sempena perasmian tersebut sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Melayu Seri Rejo Sari yang dapat menampung 116 orang murid berserta 2 orang guru.

Pada tahun 1952 kerajaan telah memberi peruntukan kecil untuk bangunan tambahan berukuran 30 x 30 kaki persegi. Namun begitu pertambahan jumlah murid dari masa kesemasa, bantuan kecil terus diperolehi pada tahun 1953, 1954, 1956 dan 1959. Akhirnya keluasan bangunan ini menjadi 240 x 20 kaki persegi dan dapat menampung seramai 400 orang murid serta 9 orang guru.

Pada tahun 1961, jumlah murid telah meningkat seramai 460 orang serta 14 orang guru dengan 13 aliran darjah. Memandangkan bangunan sekolah ini telah usang, Jemaah pengurus sekolah telah memohon bantuan kerajaan Malaysia. Akhirnya pada 28 November 1966 berdirilah sebuah bangunan lagi yang mengandungi 6 bilik darjah. Pada tahun 1968 sekolah ini mendapat bangunan tambahan yang mengandungi 2 buah bilik darjah.

Pada 5 Julai 1968, bangunan sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En.Mohd.Khir Bin Johari. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Serui Rejo Sari. Pada tahun 1981, pihak sekolah telah mendapat bantuan peruntukan khas pelajar Kerajaan Malaysia. Sekolah ini telah mendapat 2 bangunan dua tingkat seperti yang terdapat sekarang.

Pada tahun 1981 jumlah murid 800 orang serta 18 orang guru. Namun demikian perpindahan penduduk ke tanah rancangan FELDA telah menyebabkan jumlah murid kian berkurangan. Pada tahun 1998 sekolah ini telah dilengkapi dengan berbagai kemudahan yang mencukupi. Kini terdapat 24 orang guru dan 370 orang murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan bola baling perempuan bawah 12 2015

Naib johan bola baling perempuan bawah 12 2014 . 3 org terpilih ke johor dan seorang terpilih ke kebangsaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari
Jalan Rejo Sari Senggarang
83200, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Telefon = 6074276526
Fax = 6074276526

Pautan luar[sunting | sunting sumber]