Sekolah Kebangsaan Sik Dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sik Dalam
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah4692823
Kod sekolahKBA8018
Guru besarTn Hj Mohd Fauzi bin Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Mohd Shariff bin Yeon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Adnan bin Hashim
Penolong Kanan KokurikulumEn Ismail bin Tafa
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sik Dalam atau nama ringkasnya SK Sik Dalam, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bilangan penduduk di kawasan Pekan Sik Dalam yang merangkumi Kampung Charuk Kit, Kampung Sik Dalam, Kampung Banggol, Kampung Tua, Kampung Tanah Hitam, Kampung Balong Ayam dan Kampung Durian Burung begitu ramai, sebuah sekolah rendah telah dicadangkan supaya diadakan. Di samping itu, sekolah-sekolah yang paling hampir jaraknya agak jauh dari kampung-kampung seperti di atas.

Setelah perkara ini diutarakan kepada pihak-pihak tertentu, maka sebuah sekolah telah diluluskan pembinaannya. Pada mulanya kawasan tapak pembinaan sekolah agak jauh ke dalam dari jalan raya. Hal ini menimbulkan masalah perhubungan. Oleh itu, satu tapak yang lain dicadangkan semula. Kawasan tapak yang baru ini lebih bersesuaian.

Lantaran itu, pemugaran bermula pada tahun 1980. Pemugaran kawasan tapak pembinaan bangunan sekolah adalah di bawah pengurusan Jabatan Pelajaran Kedah dan dibiayai oleh Bank Dunia.

Pada penghujung tahun 1981, tersergamlah sebuah bangunan tiga tingkat, sebuah bangunan kantin, padang permainan yang sederhana luasnya, dan sedikit kawasan lapang (berbukit) dalam kawasan berpagar seluas lima (5) ekar.

Sekolah ini yang jauhnya 3km dari Pekan Sik beroperasi pada 1 Januari 1982. Sekolah ini pada mulanya merupakan sekolah cawangan kepada Sek. Keb. Paya Terendam dengan pelajar berjumlah 220 orang.

Guru Besar sekolah induk yang merangkumi sekolah cawangan (SK. Sik Dalam) pada masa itu ialah Encik Shahbudin bin Sulaiman. Sek. Keb. Sik Dalam pada masa itu ditadbir oleh seorang guru Penolong Kanan, iaitu Encik Zainol bin Latifff dan dibantu oleh seorang pekerja am dan beberapa orang guru, iaitu;

1.      En. Mat Zaki bin Baharom

2.      En. Abdul Aziz bin Abdul Rahman

3.      Cik Jamilah bt Abdul Rahman

4.      Cik Rokhiza bt Long

5.      Cik Azizah bt Azit

6.      Cik  Khoo Lean Geok

7.      En. Md Isa bin Said

Sekolah mula beroperasi dengan enam buah bilik darjah iaitu darjah satu hingga darjah enam. Murid-muridnya terdiri daripada murid-murid persekitaran yang sebelumnya belajar di Sek. Keb. Paya Terendam, Sek. Keb. Sik, Sek. Ren. Sik dan Sek. Keb. Chepir.

Sekolah yang mula beroperasi ini mendapat peruntukan yang terhad. Oleh yang demikian, pada pertengahan tahun 1982, PIBG Sek. Keb. Sik Dalam telah ditubuhkan dengan Ustaz (Haji) Abdullah Taib dilantik sebagai YDP yang pertama. Segala program dan aktiviti mula bergerak dengan adanya kerjasama erat PIBG dan guru-guru.

Setelah berumur setahun tiga bulan, tanggal 14 Mac 1983, bersamaan hari Isnin, Sek. Keb. Sik Dalam dengan sempurna dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Kama Jaya Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Nahar bin Tun Syed Sheh Shahabuddin.

Pada 1 Januari 1984, Sek. Keb. Sik Dalam telah dibebaskan daripada menjadi sebuah sekolah cawangan. Bermula era pentadbiran sendiri di bawah pentadbiran seorang guru besar iaitu Encik Zainol bin Latiff.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]