Sekolah Kebangsaan Spaoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Spaoh
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700, Betong,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083473362
Kod sekolahYBA2407
Faks6083473362


Sekolah Kebangsaan Spaoh atau nama ringkasnya SK Spaoh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Spaoh memiliki 301 pelajar lelaki dan 290 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 591 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Spaoh (Sekolah Gred A) terletak di persisiran Kampung Spaoh. Kedudukannya yang strategik ini menjadikan ia sebuah sekolah tumpuan di bahagian Betong disamping bangunan yang gah dan indah yang telah siap dibina pada tahun 1991. Menurut sumber tempatan sekolah ini dikatakan mula beroperasi pada tahun 1928. Ia dipelopori oleh Allahyarham Abang Embit, seorang 'native officer'dan dibantu oleh Encik Ahmad seorang guru yang berasal dari Kuching. Ketika mula beropersi, sekolah ini menggunakan nama Sekolah Datuk Laksamana Amir dan menempatkan 40 orang murid. Sekitar tahun 1946, sekolah ini ditutup kerana berstatus Sekolah Kurang Murid. Atas usaha Seorang 'native officer'iaitu Allahyarham Abang Empurung, sekolah ini dibuka semula sebelum akhir tahun 1946 dengan menggunakan sebuah bangunan baharu dan menempatkan 56 murud lelaki dan 2 murid perempuan. Semasa sekolah ini ditadbir oleh Cikgu Mohammad Spawie Ismail, sekolah ini diambil alih oleh Majlis Daerah Betong sebagai 'local autority'. Nama Sekolah Datuk Laksamana Amir ditukar kepada 'Malay Primary School Spaoh'. Namun, sekali lagi sekolah ini ditutup kerana kekurangan murid.Pada tahun 1959, sekolah ini dibuka semula dengan diterajui oleh Guru Besarnya iaitu Cikgu Hj.Fauzibin Embing. Beliau dibantu oleh isterinya iaitu Cikgu Nong binti Abang Dondang dan Cikgu Abang Mahji bin Abang Apok. Antara guru besar yang bernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti berikut : 1. En.Ahmad 1928-1946 2. En.Taha 1946-1953 3. En.Mohammad Spawie Ismail

  1953-1959

4. Tn.Hj.Fauzi Embing 1959-

  1961

5. En.Lawrence Senaun Ijau.

  1961-1963

6. En.Micheal Willie 1963-1965 7. En.Lawrence Senaun Ijau

  1965-1967

8. En.Micheal Willie 1967-1975 9. Tn.Hj.Abg.Rabaie Hj Gapor.

  1975-1982

10.Tn.Hj.Sahrujie Abg Ameek

  1982-1993

11.En.Ramlee Mohammad 1994-2003 12.En.Suhaimi Jahiri 2004-2007 13.Pn.HjH.Jenap Hj.Mos 2007-2015 14.En.Raimaini Hj.Alek 2015-kini. Kini terdapat seramai 50 orang tenaga pengajar dan kakitangan sokongan seramai 15 orang. Sekolah ini pernah menggunakan nama-nama berikut sebagai urusan rasminya. 1.Sekolah Datuk Laksamana

 Amir 1928-1953

2.Malay Primary School Spaoh

 1953-1959.

3.Full Primary School

 1959-1963

4.Sekolah Rendah Kerajaan.

 Spaoh 1963-1993.

5.Sekolah Kebangsaan Spaoh

 1993-kini  


Pada tahun 2004 jumlah murid yang berdaftar ialah seramai 605 orang manakala pada tahun 2005 jumlah murid berdaftar ialah seramai 626 orang.. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama (129 orang murid asrama) untuk murid-murid iban terutamanya yang terdapat di pinggir Kampung Spaoh.

Jumlah kelas ialah 20 buah kelas yang mana setiap tahun terdiri dari 3 kelas iaitu Kelas A, Kelas B dan Kelas C. Sekolah ini juga mempunyai 2 kelas pra sekolah serta kelas murid kah (murid istimewa). Blok lama bangunan sekolah (yang telah dibina sebelum tahun 1992) diubahsuai untuk mengatasi masalah ini.[1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Spaoh
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong
95700, Betong
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083473362
Fax = 6083473362


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bolhi bin Narani (2008), Kajian Keberkesanan Program Doktor Muda di SK Spaoh,IAB Genting Highlands,Pahang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]