Sekolah Kebangsaan Sri Bemban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Bemban
Lokasi
 Malaysia Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097485213
Kod sekolahDBA1086
Faks6097485213


LATAR BELAKANG SEKOLAH SEKARANG

Ia mempunyai bilangan guru seramai 41 orang dan staf sokongan seramai 9 orang. Enrolmen pelajar ialah seramai 746 orang. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan sebuah pasar yang terkenal dengan nama pasar Berek 12 dan juga berhampiran dengan Hospital Besar Kota Bharu yang baru bertukar nama kepada Hospital Besar Sultanah Zainab II dan juga pejabat-pejabat kerajaan. Terdapat juga banyak kedai makan berhampiran dengan sekolah ini. Di kawasan belakang ini terdapat banyak kawasan setinggan yang menempatkan orang-orang Kemboja dan Thai yang bekerja sebagai peniaga di pasar-pasar malam,tukang masak dan pekerja di restoran dan warong-warong di sekitar Bandar Kota Bharu. Ramai juga diantara ibu yang menjadi ibu tunggal yang datang dari perpecahan rumah tangga berhijrah dari kampung ke bandar dan menginap di sekitar kawasan Paya Bemban. Ramai di antara mereka bekerja sebagai buruh dan pekerja sambilan di Hospital Besar Kota Bharu dan di Wisma Persekutuan berhampiran dengan sekolah. Kebanyakkan ibubapa pelajar di sini terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

SEJARAH  SK  SRI  BEMBAN

Pada tahun 1949 beberapa orang guru yang tinggal di sekitar Paya Bemban telah mengambil inisiatif untuk mengajar sebilangan kecil murid (berjumlah 7 orang) di sebuah madrasah yang dikenali dengna madrasah Lebai Daud. Setelah 6 bulan ia beroperasi di madrasah itu, minat masyarakat setempat untuk  menghantar anak belajar di situ semakin bertambah dan bilangan muridnya meningkat kepada 22 orang.

Memandangkan ruang madrasah itu sempit, Penghulu Haji. Ahmad Awang Besar, En. Hassan Bin Said dan Haji Hassan bin Awang (Pak Dor) mengambil daya usaha membuat sebuah bangsal berukuran “10x22” untuk dijadikan kelas tempat belajar bersebelahan dengan madrasah Lebai Daud. Bangsal ini beratap nipah, bertiang batang nibong dan berdindingkan buluh. Bangkunya adalah kekuda kayu.

Setelah sebulan belajar di situ Tuan Haji Hassan (Pak Dor Hassan) dapat mempengaruhi guru-guru di madrasah itu untuk mendaftarkan ia sebagai sekolah rakyat. Penubuhannya di taja oleh beberapa orang guru seperti Cikgu Harun bin Musa, Cikgu Mohd Yusof bin Abdul Rahman, Cikgu Ishak bin Ahmad, Cikgu Mahmud bin Samad, Cikgu Hussain bin Yaacob dan Encik Abdul Rahim bin Saad seorang kerani di Pejabat Tanah Kota Bharu. Tuan Pengarah Pelajaran ketika itu ialah Tuan G.D Muir yang berbangsa Inggeris.

Suatu hari Tuan Muir telah membuat lawatan dan berbincang dengan pengasas sekolah berhubung dengan sistem pelajaran yang dijalankan. Pihak Jabatan hanya membenarkan satu aliran (penghantar) sahaja bagi sesebuah sekolah. Di akhir perbincangan mereka bersetuju  mengadakan kelas aliran Melayu.

Pada awal tahun 1950, beberapa buah sekolah rakyat telah mengadakan temasya sukan Tahunan sekolah-sekolah rakyat. Dalam ucapan alu-aluan Tuan. Haji Hassan (Pak Dor) telah menyuarakan akan perlunya sebuah sekolah di bina di kampong Paya Bemban. Rungutan beliau telah menarik perhatian Tuan Muir dan seminggu selepas itu Tuan Muir sendiri bersama Tuan Haji Hassan telah mengenal pasti tapaknya. Tapak yang seluas kira-kira dua ekar itu (tapak sekarang) di beli dengan harga RM3200.

Dua bulan selepas selesai pembayaran tanah itu dibuat pihak jabatan mula membina sebuah bangunan selapis yang mengandungi 5 bilik darjah yang bernilai RM25000. Proses membinanya memakan masa selama 5 bulan.

Pada pertengahan tahun 1951, murid-murid sekolah rakyat Paya Bemban  berserta dengan guru-gurunya berpindah ke bangunan baru. Bilangan muridnya bertambah menjadi 120 orang. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ismail Amrah anak tempatan.

Memandangkan kampong Paya Bemban ini adalah sebuah pekan di pinggir Bandar Kota Bharu, tidak dapat tidak ia menjadi kawasan tumpuan penduduk. Dengan pertambahan ini enrolmen murid sekolah juga meningkat. Bangunan sedia ada sudah tidak  boleh menampung murid-murid yang semakin bertambah.

Pada tahun 1973, Tun Hussein Onn, bapa kepada Hishammuddin, yang ketika itu Menteri Pelajaran, telah merasmikan bangunan baharu dua tingkat SK Paya Bemban, sebagai tambahan kepada bangunan kayu yang tidak lagi mampu menampung pertambahan pelajar.

Tahun demi tahun, bilangan murid tetap bertambah sehingga sekolah terpaksa berjalan dalam dua sesi. Pada tahun 1994, Sekolah Kebangsaan Paya Bemban memperolehi tambahan bangunan satu blok empat tingkat. Setelah pembinaannya siap pada pertengahan tahun 1997, sekolah mulai berjalan dalam satu sesi sehinggalah ke hari ini.

Pada pertengahan tahun 2004, pihak AJK PIBG  telah bersetuju untuk menukar nama Sekolah Kebangsaan Paya Bemban kepada Sekolah Kebangsaan Sri Bemban dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia pada akhir tahun 2005.

Ramai bertanya mengapa dikenali SK Paya Bemban (nama asal) sedangkan tapak sekolah berkenaan terletak di Kampung Paya Rani? Mengapa tidak dinamakan SK Paya Rani? Sedangkan Kampung Paya Bemban terletak kira-kira satu kilometer dari tempat itu.

Persoalan nama itu tidak siapa dapat menjawabnya. Malah, sekarang ini orang ramai lebih merujuk lokasi SK Sri Bemban berada di Berek 12 memandangkan kedudukannya bersetentang dengan Pasar Berek 12. Nama Kampung Paya Rani sendiri kini seakan-akan tenggelam dengan nama Berek 12.

Moto SK Sri Bemban ialah berilmu, beramal dan bertakwa. Dengan misi sekolah ialah membangun dan membentuk potensi murid sepenuhnya melalui sistem pengurusan sekolah yang berkualiti.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Bemban
Jalan Abdul Kadir Adabi
15200, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097485213
Fax = 6097485213