Sekolah Kebangsaan Sri Lanang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Lanang
Lokasi
Jalan Kelubi, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065291459
Kod sekolahMBB1030
Guru besarPn. Monarefita Binti Mohamed
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Roziah Binte Abd Wahab
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Baharuddin bin Ismail
Penolong Kanan KokurikulumPn. Reainah Bt. Jaafar
Faks6065291459
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sri Lanang atau nama ringkasnya SK Sri Lanang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelubi.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Lanang memiliki 185 pelajar lelaki dan 158 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 343 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Lanang bermula dengan Jasin English School yang asal berpecah kepada dua pentadbiran pada Tahun 1971, mewujudlkan Jasin Primary English School 2. Guru Besar pertamanya ialh Encik S.R Balasingam. Sekolah ini kemudiannya bertukar kepada nama SRK English 2. Dalam Tahun 1976, nama sekolah ini bertukar lagi kepada SRK Paya Batu dan masih menggunakan bangunan SRK Air Baruk yang lama. Sesi persekolahan pada masa itu ialah 6 bulan sesi pagi dan 6 bulan sesi petang, bergilir-gilir dengan SRK Air Baruk.

Oleh kerana bangunan yang lama terpaksa berkongsi bangunan dan murid-murid kedua-dua buah sekolah semakin meningkat dan dengan desakan ibubapa, maka sebuah sekolah baru telah dibina di kawasan Kampung Kelubi dengan keluasan kawasan 2.5 hektar dan siap dalam Tahun 1979. Bangunan baru ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 1979. Bangunan baru ini telah diberi nama SRK Sri Lanang.Guru Besar masih lagi Encik S.R Balasingam. Ramai murid ketika itu ialah 533 orang. tenaga pengajar pengasas sekolah baru ini ialah 16 orang. kakitangan pejabat 2 orang dan pekerja am 3 orang.

Oleh kerana kedudukan sekolah ini tidak begitu strategik dan jauh pula dari pusat bandar, masalah tiada bas sekolah mahu menghantar murid ke sekolah, tiada pula pembangunan perumahan maka keramaian murid semakin merosot. Enrolmen sekolah pada masa ini ialah 324 orang. Tenaga pengajar 21 orang, kakitangan pejabat 2 orang dan pekerja am swasta 2 orang dan jaga swasta. Ada 11 aliran bilik darjah dan sebuah bilik pra sekolah dengan seramai 25 orang murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2014-Naib johan pertandingan dikir barat peringkat negeri melaka(bahasa arab) 2015- Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2015- Johan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan (Kelab Doktor Muda) 2016- Johan Guru Penyelaras Kelab Doktor Muda Peringkat Kebangsaan 2016- Top 10 Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2017- Sekolah Transformasi 2.0 2017- Johan Bola Baling Kejohanan MSS Negeri Melaka 2017- Naib Johan Bola Sepak Kejohanan Mss Negeri Melaka 2017- Naib Johan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Melaka (Bahasa Arab)

Ketua Pengawas[sunting | sunting sumber]

1986-Agus bin Kasim

1987-Mohd Izwan bin Ibrahim

1989-Kamarulasnan bin Adan

1990-Mohd Hafiz bin Keling

2010-Muhammad Faiz bin Che Mat

2011-Amzar Khalili bin khalid

2012-Muhammad Aiman bin Juraimi

2013-Muhammad Ammar bin Muhammad Azam

2014-Muhammad Najmi bin Masromzi

2015-Muhammad Ikhwan bin Bahar

2016-Muhammad Nabil bin Masromzi

2017-Ahmad Arif Ikmal bin Ahmad Karmidi

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Lanang
Jalan Kelubi
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065291459
Fax = 6065291459

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://www.facebook.com/sksrilanang/