Sekolah Kebangsaan St. Benedict

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan St. Benedict, Ranau
Lokasi
 Malaysia Ranau, Peti Surat 03, 89307, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah "Mission"
MotoWork and Pray, Berbakti dengan Pelajaran
Nombor sekolah6088875030
Kod sekolahXCA5440
Pengerusi PIBGDr. Sining Unchi
PengetuaPuan Whinnie @ Winnie Awang
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Sairin Sating
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Margret
Penolong Kanan Kokurikulum-
Faks6088875030
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan St. Benedict, Bandar Ranau, Sabah atau nama ringkasnya SK St Benedict (M) atau SKSBR, merupakan salah satu Sekolah Rendah yang terletak di Ranau, Sabah.

Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan St. Benedict (M) memiliki 227 pelajar lelaki dan 199 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 426 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan St.Benedict Ranau terletak berhampiran dengan pekan Ranau.Ia didirikan dalam kawasan tanah grant Mission (Gereja St.Peter Claver Ranau ). Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Ranau lebih kurang satu kilometer.

Sekolah ini telah diasaskan oleh pihak mission sepenuhnya pada awal tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun tersebut.Pengajaran dan pembelajaran dimulakan pada awal tahun 1961 dengan 22 orang pelajar berbekalkan tiga orang tenaga pengajar dengan tiga buah kelas,satu stor dan dua unit rumah guru .

Pada tahun 1968 pihak mission ( School Committie ) telah menerima bantuan modal bangunan sebanyak 50 % .Sekolah ini telah mendirikan tiga lagi buah bilik darjah dan jumlah guru juga bertambah , menjadikan tujuh orang tenaga pengajar.

Tahun demi tahun akhirnya pada tahun 1989 jumlah pelajar bertambah mencecah 502 orang dengan 19 tenaga pengajar dan dua orang tenaga bukan guru ( KTBM ) 12 bilik darjah dengan 24 kelas .

Pencapaian Kurikulum & Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

1. Sekolah Kebangsaan St. Benedict, Ranau pernah memenangi Pertandingan Lalulintas Shell peringkat daerah dan peringkat negeri, seterusnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun 2010.

2. Memecah rekod Sekolah dalam UPSR 2011 yang mencatatkan 62 orang lulus manakala 9 orang gagal, 10 orang calon UPSR mendapat 5A dan 9 orang mendapat 4A, 1B.

Alamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan St. Benedict (M)
Peti Surat 03,
89307, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon = 6088875030
Fax = 6088875030

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

sksbrnu.edublogs.org/