Sekolah Kebangsaan St. Francis, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan St. Francis
Lokasi
Jalan Raja Omar, 32000, Sitiawan,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSetia Selalu
Nombor sekolah605-6911101
Kod sekolahABB1044
PengetuaEn.Muhamad Anwr Bin Muhamad irfan
Faks605-6911101


Sekolah Kebangsaan St. Francis atau nama ringkasnya SK St. Francis, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Omar, Sitiawan, negeri Perak. Ia terletak di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan St. Francis memiliki 308 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 308 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal bermulanya sekolah rendah kebangsaan ST.Francis dalam bulan Januari 1955.Pada ketika itu sekolah ini menumpang disebuah bangunan sementara dalam kawasan gereja Katholik,dengan keramaian murid berjumlah 109 orang dalam 2 buah kelas tahun satu dan sebuah kelas tahun dua.

Pertambahan kelas murid menjadikan bilangan seramai 164 orang dalam enam buah kelas dalam tahun 1956.Rev.Bro.Director Pius bertanggungjawab mentadbir sekolah ini.

Pada 15 mac 1957 bangunan baru sekolah ini telah dirasmikan.Bangunan ini mengandungi enam bilik kelas,sebuah bilik pejabat yang bertempat di Jalan Raja Omar.Keramaian murid berjumlah 193 orang ,dan guru besar yang pertama ialah En.L.H.O.Keefe.

Dalam tahun 1958 pihak kristian brother telah menambah bangunan sekolah ini dengan membina lagi enam buah bilik kelas dan sebuah bilik guru.Bilangan murid adalah seramai 304 orang iaitu dari kelas tahun satu hingga ketingkatan tiga.Setelah beroperasi selama 10 tahun akhirnya sekolah menengah rendah initelah ditutup pada tahun 1972,dan bermula semula sekolah rendah kebangsaan St Francis.

Sekolah rendah kebangsaan telah dijadikan sekolah kebangsaan dalam tahun 1998, semenjak dari itu sekolah ini dinamakan sekolah kebangsaan St Francis.Sekolah ini masih kekal sebagai sekolah bantuan kerajaan ( dahulunya bantuan modal)kerana status tanahnya bukan milik kerajaan.

Hasil usaha PIBG sebuah bangunan baru terdiri daripada 4 buah kelas telah dibina dalam tahun 1995.

Dari tahun 1957 hingga kini ( 2010 ) ,sekolah ini telah ditadbir oleh 2 orang pentadbir dan 16 orang Guru Besar.Pada ketika ini terdapat 27 orang guru,3 orang kakitangan sokongan dan keramaian murid 223 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS SETIAWAN MEMPUNYAI PENCAPAIAN YANG SANGAT BAIK.ANTARANYA IALAH DALAM BIDANG KOKURIKULUM IAITU SUKAN SILAT DAN TAEKWONDO.PADA TAHUN 2019 KUMPULAN SILAT SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS TELAH BERJAYA MEMBAWA PULANG 4 PINGAT GANGSA DALAM ACARA SILAT MASAL PERINGKAT NEGERI.SELAIN ITU ATLET TAEKWONDO SEKOLAH SK ST. FRANCIS IAITU HAFIFI IQMAL JUGA PERNAH MEMBAWA PULANG 3 PINGAT IAITU 2 PINGAT EMAS,1 PINGAT GANGSA PERINGKAT NEGERI DALAM ACARA TAEKWONDO KYORUGI.HAFIFI IQMAL JUGA MERUPAKAN PEMEGANG TALI PINGGANG HITAM 1 DALAM TAEKWONDO.KINI HAFIFI IQMAL MERUPAKAN ATLET TAEKWONDO YANG TELAH BERJAYA MENJADI JUARA MANJUNG UNTUK 3 KALI BERTURUT-TURUT TANPA KALAH . DI SAMPING ITU JUGA SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS JUGA PERNAH MENJADI JUARA DALAM ACARA PUBLIC SPEAKING DAN NAIB JOHAN DALAM PIDATO.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan St. Francis
Jalan Raja Omar
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 605-6911101
Faks = 605-6911101

Pautan luar[sunting | sunting sumber]