Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier, Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 24, 89007, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087331329
Kod sekolahXCA1043
Faks6087331329


Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier terletak kira-kira 200 meter dari pekan Keningau iaitu Kawasan Mission Katolik .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1946 - Menggunakan rumah Rektor dan Gereja sebagai bilik darjah serta kerusi gereja sebagai meja tulis dan bangku .

1950 - Rev. Father Grent berjaya membina sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik darjah melalui kutip derma daripada Eropah dan Singapura .

1956 - 2 bilik darjah tambahan telah dibina . Star Mission telah diubah menjadi Guru Besar dan bilik guru-guru.

1970 - Tiga buah bilik darjah baharu telah dibina

1971 - Bilik Guru Besar dan guru-guru diperluaskan

1984 - 3 buah bilik darjah baharu dibina selari dengan blok pertama

1985 - 10 buah bilik darjah tambah dibina ( BLOK A ) . Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sabah En Alwi B. Hj. Ahmad pada 28 September .

1992 - 13 buah bilik darjah telah dibina di blok B. Ia dirasmikan oleh Datuk Uskop. Bangunan sekolah lama yang mempunyai 6 buah bilik dirobohkan.

1993 - Pembinaan dewan terbuka dan tandas moden.

2000 - 2 buah bilik darjah , bilik disiplin , bilik kaunseling , bilik gerakan telah dibina .


S.K St. Francis Xavier Keningau terletak kira-kira 200 meter dari pekan Keningau (Kawasan Mission Katolik). Nama sekolah ini telah beberapa kali diubah mengikut Falsafah Kementerian Pendidikan iaitu: -

1946-1973 - St. Francis Xavier Primary School

1974-1979 - Sekolah Rendah St. Francis Xavier

1975-1984 - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Francis Xavier

1985-1999 - Sekolah Rendah Kebnagsaan St. Francis Xavier

2000-kini - Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier Keningau


Pada tahun 1946, sekolah ini hanya menggunakan rumah rektor dan gereja sebagai bilik darjah serta kerusi gereja sebagai meja tulis dan bangku murid. Pada tahun 1950, Rev Father Grent telah berjaya membina sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 4 buah bilik darjah melalui derma ikhlas yang dikutip oleh beliau dari Singapura dan Eropah

Sekolah ini telah dirasmikan pada 23 Oktober 1952. Pembinaan dan pengubahsuaian bilik darjah dibuat di antara tahun 1956-1984. Pada tahun 1985, 10 buah bilik darjah lagi telah dibina (Blok A) dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sabah, En. Alwi B. Hj. Ahmad iaitu pada 28 September 1985. Sebuah lagi blok baru (Blok B) yang mempunyai 13 buah bilik darjah, sebuah bilik SAL dan bilik khas klinik pergigian telah didirikan dan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 1996.

Bilangan murid pada awalnya ialah seramai 12 orang sahaja bersama dengan seorang guru serta seorang Rektor Katolik En. Valentine Lajoin. Beliau merupakan guru tempatan yang pertama mengajar di sekolah ini. Beliau berasal dari Kampung Bakiau. Bilangan murid meningkat pada akhir tahun 1940an kepada 100 orang. Pada tahun 1960an bilangan murid meningkatr 263 orang murid dan tenaga pengajar juga bertambah kepada 8 orang guru. Pada 01 September 1965, sekolah rendah dan sekolah menengah telah ditadbir secara berasingan. Bilangan murid semakin meningkat pada tahun 1980an iaitu seramai 825 orang murid dan 26 orang guru. Pada tahun 1990an meningkat kepada 1253 orang murid dan 54 tenaga pengajar.

S.K. St. Francis Xavier semakin berkembang dan maju dari segi pembangunan dan fasiliti seiring dengan keperluan zaman. Sebuah Blok Bangunan baru telah siap digunakan pada tahun 2019 tersergam megah dan indah seperti dalam lirik lagu sekolah "megahnya dan indahnya kau berdiri, terselah setiap hari" menjadi kebangaan semua warga S.K. St. Francis Xavier Keningau. Bangunan ini didirikan hasil usaha keras semua yang terlibat terutamannya warga sekolah, PIBG, pihak Lembaga Pengelola Sekolah (BOG) serta beberapa sumbangan daripada pihak yang terlibat. Sesi persekolahan telah menjadi satu sidang sahaja bermula pada tahun 2021. Pada bulan Disember, 2021 Guru Besar Pn Helena Edirin telah bersara dan digantikan oleh Guru Besar baru En. Petrus Bin Josephemin yang merupakan bekas Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini pada tahun 2016-2019, dilantik sebagai Guru Besar di SK Holy Trinity Tawau (2019-2021) dan sekarang kembali bertugas di S.K. St. Francis Xavier, Keningau. Semoga S.K. St. Francis Xavier Keningau akan terus berkembang maju dari segi pembangunan fizikal dan juga akademi pentadbiran yang cekap dan berkualiti.

Senarai Rektor/Guru Besar[sunting | sunting sumber]

1946-1956 - Rev. Fr. Grent

1956-1958 - Rev. Fr. Mc Lindon

1958-1959 - Rev. Fr De Wit & Rev. Fr. Denicolo

1959-1961 - Rev. Fr. George Bauer

1962-1963 - Rev. Fr. J. Kourters

1963-1964 - Rev. Fr J. Ronney

1964-1966 - Rev. Fr. George Bauer

1966-1996 - Cik Lucy Liew Fui Lan

1996 - En. Justin Angian@Manjuin (Memangku)

1997-1998 - En. Patrick Juin Paunil

1998 - En. Adrian Jeklis Ilar

1998-2000 - En. Justin Angian@Manjuin

2000-2003 - Pn. Battlis@Petronilla Munting

2003-2005 - Pn Dolares Umbol

2005-2006 - Pn. Lonnie Leku Siro@Lonnie (Memangku)

2006-2021 - Pn. Helena Edirin

2021-Kini - En Petrus Josephemin

Semua murid tahun enam yang mendapat nombor 1 pada perperiksaan UPSR🏆.[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier
Peti Surat 24
89007, Keningau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087331329
Fax = 6087331329

Pautan luar[sunting | sunting sumber]