Sekolah Kebangsaan St. Patrick, Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan St. Patrick
Lokasi
Peti Surat 510, 91008, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSERVIRE REGNARE
Nombor sekolah089-715423
Kod sekolahXCA3043
Guru besarEncik Fred Lajot JR.
Faks089-713184
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan St. Patrick atau nama ringkasnya SK St Patrick, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 510.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan St. Patrick memiliki 510 pelajar lelaki dan 493 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1003 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

S.K ST PATRICK[sunting | sunting sumber]

Maklumat mengenai missi dan sekolah ini telahpun dikutip dari diari Encik Elton (m/s. 40). Beliau mengatakan bahawa pada 10hb Dis. 1899 beliau telah ke bandar Tawau untuk mencari tapak yang sesuai untuk membuka missi dan sekolah.

Encik A.R. Dunlop iaitu President Tawau pada masa itu telah mencadangkan beberapa kawasan yang sesuai. Sekembalinya Encik Elton ke Sandakan, Encik Elton telah menyampaikan sepucuk surat kepada Encik Cowie Pengarah Pengurusan Syt. Chartered untuk memohon Lembaga Pengurus Syt. Member $30.00 sebulan bagi gaji seorang guru. Lembaga Pengurus Syt. Menolak permohonan Encik Elton. Oleh itu missi dan sekolah yang telah dicadangkan itu tidak dapat diwujudkan. Walaubagainamapun missi SPG menubuhkan sekolah ini pada tahun 1917 di tapak yang kini menetapkan gereja Anglican St. Patrick

Encik Hiew Hui Hin telah dilantik sebagai guru di sekolah tersebut. Menurut laporan tahunan Pendidikan negeri pada tahun 1917 sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah campuran yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa Pengantaraan.

Sekolah ini mempunyai 36 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Encik Hiew Hui Yun telah bertugas selama dua tahun. Pada tahun 1919 Encik Li Nyet Fun mengambil alih dan bahasa pengantaraan ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Encik Limj dibantu oleh Encik Chin Henn tet seorang ketekist.

Pada tahun 1927 Rev. Vun Nyen vun dilantik sebagai seorang paderi di Tawau. Beliau telah mengurus sekolah tersebut selama dua tahun tanpa bantuan sesiapapun. Pada akhirnya beliau dibantu oleh seorang guru.

Rev. Chin Pui Yin mengambil alih pada tahun 1931 sehingga tahun 1933. Sekolah ini ditutup sementara sebelum jun 1933 dari tahun 1933-1941. Sekolah ini diurus oleh dua orang katekist. Mereka ialah Encik Ngui Yin liong dan Encik Lim Piang kong. Sekolah ini masih merupakan sebuah sekolah rendah dan diperbuat dari kayu dan bumbung atap.

Semasa pemerintahan Jepun sekolah ini terpaksa ditutup kerana kedua-dua gereja dan sekolah pada ketika itu telah digunakan oleh tentera jepun sebagai tempat memproses garam. Lantaran itu, kawasan sekeliling bangunan sekolah menjadi usang. Setelah tentera Jepun meninggalkan bangunan ini, terdapat kebocoran yang besar pada bumbung bangunan tersebut. Beberapa keeping papan ditanggalkan manakala parabot sekolah langsung tidak kelihatan. Sekolah ini dibangunkan semula pada tahun 1951, ketika Rev. Vun Nen Vun talah dihantar ke Tawau semula untuk membantu usurtan sekolah ini. Pada mulanya seklha ini adalah dalam aliran bahasa Inggeris .

Ramai murid yang terlepas peluang semasa penutupan sekolah tersebut ingin menyertai semula. Oleh itu, pada tahun berikut sekolah manghadapi masalah pelajar yang lanjut usia

Pada tahun 1952 Encik David Wong telahpun dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun 1954 perkembangan dan kemajuan sekolah ini sangat ketara kerana pada tahun tahun itu juga seorang paderi Mr & Mrs W.H. Newmarch tiba dari Australia dan seterusnya mengurus sekolah ini. Pada tahun 1956 satu blok bilik darjah dirancangkan dan siap dibina pada 1957. Pada akhir tahun 1957, Encik James Power dan Isterinya tiba dari Australia dan mengambil aliih tugas Encik W.H. Newmarch. Mr james Power seterusnya menjadi Pengetua SM. St. Patrick dan Mrs Power sebagai Guru Besar SRK. St. Patrick.

Sepanjang akhir limapuluhan ramai tenaga pengajaran datang dari negeri Australia seperti Cik K. barwick, Encik Ray Pearce dan isteri, Encik N. Bissett, Encik tony Nichite, Encik K. J. goodlet dan isteri, Encik Power Tow, Cik Barbara chare dan Cik Wanda Sums.

Pada awal tahun 1957 jumlah murid di sekolah ini adalah seramai 90 orang dan pada tahun 1963 jumlah murid meningkat seramai 236 orang murid. Dua perkara besar telahpun berlaku pada tahun 1963. Projek pertama ialah menimbus tanah dikawasan dataran rendah. Kawasan ini digunakan sebagai kegiatan ko – kurikulum. Projek kedua ialah terbinanya satu lagi bangunan bilik darjah. Pada tahun 1967 semua bangunan sekolah dikawasan ini dfigunakan sepenuhnya oleh sekolah rendah St. Patirck. Manakala sekolah menengahnya pindah ke bangunan barunya di Jalan Kuhara batu 3 ½. Encik Lin Fen chong menjadi Guru Besar sehingga 1980. Pada tahun 1981 Encik Liew Kon Fen menjad Guru Besar sementara sehingga akhir tahun 1981. Mula tahun 1982 Mr. Guek Mee Tong mabil alih sehingga akhir tahun 1982.

Pada tahun 1983 Encik Bryan Pual Lai, seorang anak watan yang sedang bertugas di S.M.K. Kuhara sebagai Penyelia Petang ditukar ke SRK. St. Patrick sebagai Guru Besar. Semasa beliau bertugas di sekolah ini beberapa perubahan besar berlaku. Satu diantaranya ialah penubuhan AJK pembangunan sekolah. AJK ini terdiri daripada Rev. Yong Ping Chung sebagai penasihat dan Puan Christina Hadikusumo sebagai Pengerusi. Jururunding aldalah Encik Tay dan Encik Chris Chew. Ajk lain Encik Francis Chong, Mr. henry Chong, Encik Ameenudeen, Puan Safinah Talip, Encik Tay, Encik Lucas Lo.

Setelah berusaha bertungkus lumus, wang sebanyak setengahg juta dikutip. Sekolah ini berpindah ke tapak barunya pada bulan Mie 1991 dan dirasmi pembukaan oleh the Rt. Rev. Yong Ping Chung, Anglican Bishop Of Sabah pada 18 March 1992.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

St. Patrick sekolah tercinta

Bersyukur kita pada yang esa

Marilah kita pelajar semua

Masyurkan namanya


Untuk kejayaan kita bersama

Disamping Mendisiplinkan diri kita

Demi mutu dan namanya St. Patrick

Tetap ku puja

Identiti Sekolah[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

"Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara"

Visi[sunting | sunting sumber]

"Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera"

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan St. Patrick
Peti Surat 510, 91008, Tawau
Sabah,  Malaysia
Telefon = 089-715423
Fax = 089-713184

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Jalan James Power, 91000, Tawau, Sabah, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]