Sekolah Kebangsaan Stalon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Stalon
MotoBERUSAHA, BERILMU, BERBAKTI
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahYBA6110
Lokasi Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro 96200, Daro, Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia
TelefonTIADA
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Stalon atau nama ringkasnya SK Stalon, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Stalon memiliki 23 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 40 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, anak-anak di Kampung Stalon bersekolah di SRK Bayang. Kampung Stalon dan SRK Bayang dipisahkan dengan sungai Batang Belawai. Pemisahan ini menyebabkan pembelajaran anak-anak Kampung Stalon terganggu.

Pada tahun 1973 dan 1974, atas kesedaran pentingnya pendidikan, Tuai Rumah Merom, Tuai Rumah Enggi, Tuai Rumah Aja, dan Tuai Rumah Changgi telah berjumpa dengan Tuan Residen Bahagian Sarikei untuk memohon sebuah sekolah ditubuhkan di kampung Stalon.

Apabila diluluskan, masyarakat Kampung Stalon bergotong-royong untuk mendirikan 2 buah bangunan yang bertiangkan nibung dan beratapkan nipah. 2 buah bangunan ini berfungsi sebagai bilik darjah dan rumah guru SK Stalon dan telah beroperasi secara rasminya paga bulan Januari 1977 dengan seorang Guru Besar iaitu Cikgu Narawi (1977-1979) dan dibantu oleh seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ong.

Pada ketika itu, SK Stalon berada dalam keadaan serba kekurangan. Kerusi dan meja dalam bilik darjah ialah hasil sumbangan daripada ibu bapa murid sendiri. Tahun demi tahun bilangan murid dan kelas di sekolah ini semakin bertambah. Keadaan ini menuntut keperluan sebuah lagi bangunan. Pada tahun 1980, sebuah lagi bangunan didirikan. Bangunan ini merupakan bangunan kayu yang beratapkan zink. Kini, bangunan ini telah digunakan sebagai bilik RMT dan masih kekal digunakan .

Pada tahun 1982, sebuah lagi bangunan baru yang lebih moden dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran telah dibina. Semenjak SK Stalon ditubuhkan, ia telah melahirkan ramai murid yang berpotensi serta mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Biarpun SK Stalon ini terletak di kawasan pedalaman dan hanya boleh dihubungi menggunakan pengangkutan air, namun SK Stalon tetap mampu melahirkan murid yang cemerlang dalam UPSR.

Berikut merupakan perkhidmatan Guru Besar di SK Stalon :

  1. Encik Narawi (1977-1979)
  2. Encik Malong (1980-1981)
  3. Encik George J. (1982-1983)
  4. Encik Morshidi Ali (1984-1985)
  5. Encik Saimi Lumit ( 1986-1988)
  6. Encik Ason Gat (1989-1996)
  7. Encik William Tandang ( 1997-1998)
  8. Encik Ningkan Jabing (1999-2002)
  9. Encik Gregory Kuah Ramesh (2003-2006)
  10. Encik Abg Sufiandi bin Abg Suhaili (2006-2011)
  11. Encik Lasa ak Singat (2012-2013)
  12. Puan Tham Siew Mei (2014- kini)

Maklumat tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Stalon mempunyai 12 orang guru, seorang Guru Besar, seorang Pembantu Operasi dan seorang Pembantu Pengurusan Murid Pra sekolah.
  • Sekolah ini mempunyai 7 buah kelas iaitu Pra sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Bilangan pelajar di sekolah rendah ini seramai 24 orang, manakala untuk Pra sekolah ada seramai 7 orang pelajar pada tahun 2017.
  • Sekolah ini tiada bekalan air paip dan menggunakan takungan air hujan sepenuhnya.
  • Sekolah ini tiada bekalan elektrik daripada SESCO dan menggunakan generator sepenuhnya.
  • Sekolah ini tiada jalan darat untuk ke pekan terdekat. Ia bergantung sepenuhnya kepada laluan air.
  • Perjalanan keluar dan masuk ke sekolah bergantung kepada pasang surut air.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stalon pernah mendapat Tawaran New-Deal pada tahun 2010 dengan capaian GPS 1.33.

Pada tahun 2014, seorang pelajar telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

Pada tahun 2016, sekolah ini telah mencapai pencapaian 100% lulus dalam UPSR .

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stalon
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
96200, Daro
Sarawak, Malaysia
Telefon PPD = 084823213
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]