Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu, 94500, Lundu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082735375
Kod sekolahYBA1401
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu atau nama ringkasnya SK Stunggang Melayu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu memiliki 102 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 184 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu telah dibina pada 19 Jun 1934 (mengikut sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Education Department, Kuching, Sarawak) dengan nama Sekolah Melayu Al-Anwarol Moslimin merupakan sekolah Melayu yang dibiayai oleh kerajaan Sarawak pada masa itu dan juga merupakan sekolah yang pertama dibina di Daerah Lundu dibawah Registration of Schools Order 1924. Kewujudannya lebih awal dari kelahiran Maktab Perguruan Batu Lintang yang dibina pada 1948. Fenomena ini amat menarik untuk dikaji kerana sekolah ini telah mengalami perubahan yang sama dengan perkembangan pendidikan di Sarawak lebih-lebih lagi daerah Lundu merupakan kawasan yang sukar dihubungi pada masa itu iaitu melalui jalan laut memakan masa selama satu hari suntuk dari Bandar Kuching tetapi sudah mempunyai sejarah pendidikannya yang tersendiri justeru itu adalah satu cabaran dan dokumentasi yang menarik untuk dibaca jika sekiranya sejarah dan perkembangan sekolah ini dapat dilengkapkan.

Kesanggupan pengasasnya mendirikan sekolah ini melambangkan sudah wujud pandangan awal bahawa pendidikan adalah merupakan satu wawasan yang perlu dicapai demi meningkatkan maruah orang-orang Melayu di Daerah Lundu secara khasnya dan negeri Sarawak amnya. Pengasasnya yang merupakan anak kepada seorang migran dari Brunei adalah tokoh tempatan yang dikenali oleh seluruh warga Lundu pada masa tersebut memperlihatkan adanya pertalian dengan perkembangan awal sejarah Brunei. Sekolah ini sendiri turut mengalami perubahan dari segi fizikal dan pentadbiran sudah cukup meletakannya sebuah sekolah yang perlu dikaji dari segi perkembangannya serta telah melahirkan tokoh tempatan sehingga pada suatu ketika Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak Putit Matzen telah menuntut di sekolah ini pada peringkat pendidikan awalnya disamping telah melahirkan beberapa golongan professional tempatan yang memegang jawatan tinggi di Sarawak.

Dalam masa 66 tahun sekolah ini mengalami beberapa perubahan setanding dengan sekolah Melayu lain seperti Sekolah Abang Kassim yang telah dibina sekitar 1889. Namun begitu dalam kajian yang dijalankan oleh beberapa tokoh sejarah mengenai perkembangan pendidikan di Sarawak tidak pernah disebut tentang kewujudan sekolah ini. Oleh itu kajian sekolah ini adalah perlu sebagai salah satu daripada perkembangan awal sejarah pendidikan di Sarawak. Selain itu tenaga pengajar yang dijemput khas dari Sambas Indonesia memperlihatkan bahawa adanya pengaruh dan perkembangan masyarakat yang akhirnya menjadi sebahagian daripada penduduk tetap yang berasal dari Sambas menetap di Lundu. Disamping itu sekolah ini juga telah mengalami perubahan hasil daripada gerakan penyerahan Sarawak kepada British yang menyebebkan sekolah ini ditutup kerana beberapa orang tenaga pengajarnya terlibat dengan gerakan pro penyerahan yang menjurus kepada penutupan dan pembinaannya ditapak baru dengan nama yang lain. Sekali lagi sekolah ini ditutup dan dibina semula di tempat yang lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu
94500, Lundu
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6082735375
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]