Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz
Lokasi
Jalan Padang Tembak, 36000, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056221972
Kod sekolahABB5075
Faks6056235569

Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz atau nama ringkasnya SK Sultan Abdul Aziz, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Padang Tembak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz memiliki 455 orang pelajar lelaki dan 339 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 794 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1952, Sekolah Inggeris Kerajaaan telah ditubuhkan. Sekolah ini dikenali dengan nama The Goverment English School (G.E.S) Teluk Anson. Guru Besar pertama ialah Encik Chung Shin Yee. Hanya terdapat satu kelas khas murid Melayu yang dikenali sebagai Special Malay Class 1.

Sekolah ini ditempatkan di bangunan yang telah dikosongkan oleh anggota-anggota Sukarelawan Malaya (the Malayan Voluntary Infantry). Sebahagian daripada banggunan sekolah ini dijadikan asrama. Pada tahun 1955, Encik Kum Karm ditukarkan dan digantikan dengan Encik Kamaruddin bin Ali. Tuan Haji Ismail bin Sutan telah menggantikan Encik Kamaruddin ALi sebagai Guru Besar. Beliau seorang guru latihan Normal Inggeris dari Sekolah King Edward, Taiping. Beliau telah memohon daripada Tuan Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Perak untuk mendapatkan sebuah sekolah bagi menampung jumlah murid yang meningkat.

Pada tahun 1959, pembinaan sekolah telah bermula. Sekolah ini dilengkapi dengan 21 buah kelas dan 2 buah makmal. Ia ialah sekolah kerajaan pertama di Daerah Hilir Perak. Sekolah rendah dan sekolah menengah adalah di bawah pentadbiran Tuan Haji Ismail bin Sutan. Sekolah rendah mempunyai 9 buah kelas dan 226 orang murid, manakala Sekolah menengah mempunyai 6 buah kelas dan 228 orang murid.

Pada tahun 1960, Tuan Haji Ismail bin Sutan bersara dan digantikan oleh Encik Tan Pee Teik. Ketika itulah kelas-kelas Melayu medium telah diwujudkan. Ia diwujudkan sebagai satu corak persekolahan G.E.S, Teluk Intan. Beliau terpaksa mentadbir tiga corak aliran dalam satu sekolah.

1962 ialah tahun bersejarah bagi The Government English School Teluk Intan kerana nama rasminya G.E.S telah ditukarkan kepada nama baru iaitu SRJK (1) Sultan ABdul Azizi dan diasingkan menjadi 2 buah sekolah. Ia diterajui oleh Encik Hari Singh yang juga seorang guru Latihan Normal Inggeris dari Grik.

Pada 1970, 2 bangunan 2 tingkat siap dibina di kawasan perumahan Taman Seri Setia. SRK Sultan Abdul Azizi telah berpindah ke sekolah baru dengan jumlah murid seramai 1,354 orang. Ia dikelola oleh Encik A. Shivram Sharma sehingga Mei 1979. Tempat Encik A. Sivram Sharma telah digantikan oleh Encik Ismail bin Haji Yusoff, PJK. Pada tahun 1987, Encik Shith bin Hijaz AMP, PPT. menjadi Guru Besar. Pada 1992, tempat beliau digantikan oleh Tuan Haji Abdul Rashid bin Wook Ghazali dari SM Dato' Abdul Wahab Sungai Siput. Kemudian, Tuan Haji Abdul Rashid bin Wook Ghazali bertukar dan digantikan oleh Encik Shafie bin Abdullah dari SK Padang Rengas. Pada 1997, beliau telah memohon 2 buah bangunan baru iaitu asrama desa. Pada 1998, beliau bertukar ke SK Sultan Idris, Teluk Intan lalu digantikan Encik Saad bin Samsuddin PPN dari SK Selabak. Pada tahun 2007, Tuan Haji Saad Samsuddin bersara dan digantikan oleh Puan Ajah Rohana binti Sukor dari SK Convent Teluk Intan yang juga merupakan Guru Besar wanita yang pertama bagi SK Sutam Abdul Aziz.

Pada 2010, Puan Hajah Rohana bersara lalu digantikan oleh Encik Mohamad Nordin bin Mohammad Amin.

Pada 2015, Encik Mohamad Nordin bin Mohammad Amin telah bersara lalu telah digantikan oleh Cikgu Jammaludin Bin Mustaffa

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, seramai 25 orang pelajar sekolah ini mencapai keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah ini ialah sekolah yang terbanyak mendapat 5A di Hilir Perak.

Pada 2016, sebanyak 6 orang pelajar telah mendapat 6A dalam UPSR.

Pada tahun 2017, sebanyak 11 orang pelajar telah mendapat 6A dalam UPSR

Pada tahun 2021, Sk sultan Abdul aziz telah menubuhkan Pengawas PPDa (program Pendidikan Dadah)

Pada tahun 2023, Sk Sultan Abdul Aziz berjaya Salam permainan bola sepak MSSD Dan pengakap Hilir Perak

Pada tahun 2024,SK Sultan Abdul Aziz berjaya membuat T-Shir baharu dan menyertai Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz
Jalan Padang Tembak
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056221972
Faks = 6056235569

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Facebook Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz