Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3)
Lokasi
Km 3.6,Jalan Kuala Krai, 15150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097418591
Kod sekolahDBB1412
Guru besarPn Hjh Rahana Bt Zakaria
Faks6097482595


Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3) atau nama ringkasnya SK Sultan Ismail (3), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 3.6,Jalan Kuala Krai.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3) memiliki 313 pelajar lelaki dan 332 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 645 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 telah mula ditubuhkan sejak tahun 1972 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) sehingga 1983. Ianya terletak kira-kira 2 km ke pusat bandar Kota Bharu . Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 (SKSI 3) adalah nama yang telah diambil sempena KDYMM Al-Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Muhammad IV.

Pada tahun 1983 adalah tahun yang penuh bersejarah kerana Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 mula beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri. Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 adalah sebuah sekolah satu seisi dan menerima pelajar perempuan dan lelaki. Guru Besar Perintis Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 ialah Tn. Hj. Sulaiman kemudian diambil alih oleh Tn. Hj. Ghazali Bin Ahmad diikuti oleh Tn. Hj Mohd Nawawi Bin Min. Bermula 16 Julai 2007, sekolah ini dipimpin oleh guru besar sekarang iaitu Pn. Hjh Rahana Bt Zakaria dibantu oleh Pn Hjh Eshah Bt Shuaib sebagai Pk Pentadbiran, En Tan Woon Por sebagai Pk Hal Ehwal Murid dan Tn Hj Mohd Khaidir B Mohamed sebagai Pk Ko Kurikulum.

Dari segi kemudahan prasarana pula, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3) mempunyai 3 blok bangunan yang terdiri daripada 3 blok bangunan yang mengandungi blok Pentadbiran, bilik darjah, makmal, bengkel , sebuah dewan,kantin, Pusat sumber, Klinik, Bilik Buku Teks, 2 kelas pra sekolah, makmal komputer dan surau serta sebuah padang permainan. Namun begitu Pn. Guru Besar dan Barisan Penolong Kanan dan guru-guru bertungkus lumus untuk membangunkan pengurusan sekolah dan pelajar seawalnya.

Pada tahun 2010, jumlah guru ialah seramai 43 orang. Manakala jumlah kelas ialah 27 buah kelas iaitu dari darjah satu hingga darjah enam . Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3) mempunyai seramai lebih 513 orang pelajar, diterajui oleh Guru Besarnya yang baru iaitu Pn Hjh Rahana Bt Zakaria dan di bantu oleh barisan penolong-penolong kanan dan guru-guru seramai 43 orang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3)
Km 3.6,Jalan Kuala Krai
15150, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097418591
Fax = 6097482595

Pautan luar[sunting | sunting sumber]