Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A)
Lokasi
 Malaysia Pulau Carey, KUALA LANGAT, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331850423
Kod sekolahBBA1012
Faks0



Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A), atau nama ringkasnya SK Sg Bumbun (A), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pulau Carey. Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Kedudukan sekolah adalah ditengah-tengah kampung di atas tanah Tok Batin Singgan, seluas ½ ekar yang diwakafkan. Pada Tarikh tersebut bermula sesi persekolahan bagi masyarakat Orang Asli Sungai Bumbun.

           Pada awalnya hanya sebuah bangunan kayu sahaja. Diurus dan ditadbir oleh JHEOA. Sesi awal persekolahan hanya terdapat 8 orang murid yang berdaftar dengan seorang tenaga pengajar. Memandangkan bilangan murid dan guru yang semakin meningkat, pada tahun 1967, sebuah bangunan kayu telah dibina atas projek gotong-royong. Bangunan lama dijadikan 2 bilik darjah iaitu tahun 1 & 2 berkongsi satu kelas, manakala tahun 3 & 4 berkongsi satu kelas lagi. Bangunan baharu pula digunakan untuk kelas tahun 5 dan tahun 6. Selain itu, pusat sumber, pejabat, bilik guru besar dan bilik guru turut ditempatkan di situ.

           Pada 2009, SK Sungai Bumbun (A) telah dinaik gred kepada gred B yang sebelum ini di kategori sebagai sekolah kurang murid (SKM). Murid pada ketika itu, konsisten sekitar 150 orang hingga 160 orang. Sekolah ini juga menerima Penolong Kanan yang memegang jawatan secara hakiki dan bukan lagi lantikan sekolah. Pada ketika itu, bilangan guru adalah seramai 18 orang termasuk guru besar dan guru penolong kanan.

           Kini, bangunan batu sepenuhnya yang terdiri daripada 3 blok bangunan, sebuah kantin dan bangunan tambahan sebagai bilik kemahiran hidup, sebuah kabin mudah alih dan mini surau yang digabungkan dengan bilik j-QAF. Bilangan guru terkini adalah 16 orang termasuk seorang guru besar dan 3 orang guru penolong kanan. Bilangan murid juga terus meningkat dan kini berjumlah 174 orang (2020) dan 172 orang (2021) . Sekolah juga mempunyai seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu operasi. Terdapat juga pekerja swasta iaitu 2 orang bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembersihan sekolah dan 3 orang bertanggungjawab sebagai pengawal keselamatan.

          

           Dapatan data terkini setakat terdaftar 1 Januari 2021 Terdapat 106 orang murid Peribumi Orang Asli, 57 murid Bumiputera Melayu, 9 berbangsa India dan lain-lain bangsa.


           Pada Januari Tahun 2020, SK Sg Bumbun (A) telah terpilih dalam Perlaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 5 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Hala tuju sekolah iaitu "Memacu Pembelajaran Bermakna ke Arah Kemenjadiaan Murid" di mana murid dan sekolah berkualiti merupakan tunggak utama Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini.

           Kemudahan infrastruktur, keselamatan dan keselesaan murid merupakan salah satu agenda yang paling penting bagi pihak sekolah. Sejajar dengan itu, seluruh warga sekolah termasuk pemegang taruh akan berkongsi aspirasi yang sama iaitu “Sekolah Kondusif akan menjamin keselamatan dan bakal melonjakkan prestasi murid secara tidak langsung”.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A)
Pulau Carey
Selangor, Malaysia
Telefon = 60331236800
Website = https://sksgbumbun.weebly.com/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]