Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala

Lencana Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala

Alamat Jalan Damansara , Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon 0377287984
Faksimili 0377287985
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah WBA0035
Guru Besar Pn. Norlaily binti Md Yusoff
Penolong Kanan Akademik Pn. Tengku Ratna Binti Tengku Zain
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Musmuliadi bin Samaes
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Nurfarizan Akmal Binti Sulaiman
Tahun ditubuhkan 1929

Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Damansara , Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala memiliki 360 pelajar lelaki dan 342 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 702 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala diasaskan penubuhannya pada 2/2/1939. Bangunannya berukuran 60’x 30’ beratapkan rumbia dan berlantaikan simen didirikan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor (road reserve) secara bergotong royong oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Dato’ Empat Gasal.

Pada awalnya, bilangan murid sekolah ini hanya seramai 50 orang. Berumur antara 8 hingga 13 tahun. 28 murid lelaki dan 22 murid perempuan belajar dalam tahun satu. Gurunya 2 orang termasuk Guru Besar. Iaitu Cikgu Abdul Hadi bin Hj Mohd Said.1942, sekolah ditutup selama 7 bulan kerana berlaku perang dunia yang ke-2. Huru hara dan kepayahan hidup di bawah perintah Jepun menjadikan murid-murid berhenti sekolah. Tinggallah Guru Besar seorang.

Tahun 1946 hingga 1957, sekolah terus berkembang hinggalah pada tahun kemerdekaan, sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 192 orang dan pernah memiliki guru seramai 6 orang termasuk guru wanita pertama, Cikgu Aishah binti Abdul Majid pada tahun 1950 .

Disember 1964 bangunan dan kawasan sekolah ditambah seluas 4.2 ekar dan dirasmikan oleh YB Dato’ Harun bin Idris.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala
Jalan Damansara , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0377287984
Fax = 0377287984

Pautan luar[sunting | sunting sumber]