Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan


Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang atau nama ringkasnya SK Sungai Tiang, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sungai Tiang, Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang telah ditubuhkan pada tahun 1960. Bangunan ini telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk atau peneroka-peneroka Felda dan bangunan ini ditempatkan di kawasan blok B. Kumpulan pertama murid-murid yang berdaftar ialah seramai 328 orang. Guru Besarnya yang pertama ialah Encik Hassan bin Hj.Osman. Pada April 1961, sebuah lagi bangunan sekolah baru telah dibina. Empat buah rumah guru yang berkembar telah dibina di kawasan blok A. Pada tahun 1963, dua buah bangunan sekolah baru telah dibina di kawasan blok A dan dua buah bangunan yang sama juga telah dibina di kawasan blok B bagi menggantikan bangunan lama yang dbina secara gotong-royong dahulu. Pada tahun 1967, sekolah ini telah memperkenalkan dua aliran pembelajaran. Sekolah A menggunakan penghantar Bahasa Inggeris dan di sekolah B pula menggunakan penghantar Bahasa Melayu sehinggalah pada tahun 1975 apabila penghantar Bahasa Inggeris ditamatkan. Pada tahun 2001, tiga blok rumah guru (60 unit) telah dibina di kawasan blok B bagi menggantikan rumah-rumah guru yang lama. Pada rahun 2002, sebuah lagi bangunan sekolah tambahan (4 tingkat) telah didirikan di kawasan blok A lengkap dengan pejabat, bilik-bilik pentadbiran dan lain-lain bilik khas.


VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI



LAGU SKST KEBANGGAAN KU

Majulah Sekolahku Maju SKST Kebanggaanku Di Sini Kami Dididik Menjadi Anak Bangsa Mulia Di Sini Kami Berjanji Sempurnakan Harapan Ibu Ayah

Suasana Sungguh Indahnya Kebersihan Diutama Segala Bidang Kami Perjuangkan Semoga SKST Kepuncak Jaya

                   Korus:

Marilah Kita Semua Berganding Bahu Harumkan Nama Satu Tujuan Satu Cita-cita Membentuk Bangsa Yang Berjaya

Berilmu,Berdisiplin,Berbakti Lambang Perjuangan Kami Semua Semarak Dijantung Kalbu SKST Kebanggaanku SKST Kebanggaanku SKST Kebanggaanku

ALONG ZAKIRIN[sunting | sunting sumber]

MAT SG, TIANG[sunting | sunting sumber]

BCU 4630[sunting | sunting sumber]

http://skst-pendang.blogspot.my/p/sejarah-skst.html?m=1