Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang
Lokasi
Jalan Persisiran Pantai, 78300, Masjid Tanah,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHidup Berbakti
Nombor sekolah6063847041
Kod sekolahMBA0015
Pengerusi PIBGEncik Zaidi bin Mohamad
Guru besarPuan Hajah Zarina binti Mahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Rozita binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Jefri bin Ab. Wahab
Faks6063847041



Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang atau nama ringkasnya SK Sungai Tuang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Persisiran Pantai.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang memiliki 123 pelajar lelaki dan 101 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 224 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan sekolah ini melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sungai Kertah, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Telok Gong.

Pada bulan Julai 1952, bangunan sekolah didirikan secara bergotong-royong atas inisiatif penduduk tempatan melalui kutipan dan peruntukan Jabatan Pelajaran Melaka. Bangunan asalnya berbentuk segiempat tepat, dibuat daripada kayu berlantaikan simen dan beratap rumbia yang mengandungi 3 buah bilik darjah iaitu Darjah 1, 2 dan 3 dengan 2 orang guru dan 50 orang murid( 35 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan). Guru besar pertama ialah Encik Mohd. Taib bin Baba.

Sebelum sekolah ini didirikan, murid-murid dari tiga buah kampung yang terlibat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak. Pada tahun 1954, murid-murid yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak kembali semula ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang yang pada masa itu dikenali sebagai Sekolah Rakyat. Pada tahun 1955, bangunan sekolah ini dirasmikan oleh YAB Encik Ghafar bin Baba, Ketua Menteri Melaka pada masa itu.

Pada tahun 1957, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsan Sungai Tuang. Bangunan sekolah ini turut berubah daripada bangunan kayu, lantai bersimen dan atap rumbia kepada dinding separuh batu serta jaring, lantai bersimen serta atap “ardec”. Walau bagaimanapun, keluasan bilik darjahnya masih sama.

Pada tahun 1960, kerajaan telah mendirikan bangunan baru bagi menggantikan bangunan asal sekolah yang telah uzur, iatu mengandungi 3 buah bilik darjah. Sekolah ini mengadakan kelas bercantum.

Pada tahun 1975, kerajaan mendirikan sebuah lagi bangunan. Ia mengandungi 3 buah bilik darjah, 1 buah bilik guru besar, 1 buah bilik perpustakaan dan tandas. Jumlah murid adalah seramai 158 orang iaitu 87 lelaki dan 71 perempuan.

Pada 31 Disember 1983, jumlah murid bertambah seramai 182 orang iaitu 95 orang murid lelaki dan 87 orang murid perempuan. Jumlah guru pula ialah seramai 8 orang iaitu 7 orang guru lelaki dan 1 orang guru perempuan. Kategori sekolah ialah “C”.

Pada tahun 1990, sebuah bangunan kekal telah didirikan menggantikan bangunan yang musnah akibat angin puting beliung pada 14 April 1990. Bangunan ini mempunyai 3 buah bilik darjah dan ia dibina melalui projek “Gotong-royong.

Pada tahun 1993, bilangan murid bertambah kepada 234 orang. Jumlah guru pula adalah seramai 13 orang.

Pada tahun 1997, Encik Ong Ka Ting yang merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri hadir untuk merasmikan Program Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan.

Pada 2 November 2002, satu majlis makan malam telah diadakan bersempena dengan Jubli Emas SKST ( 1952 – 2002) dan telah dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd. Ali b. Haji Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka yang ke-9.

Pada tahun 2007, seramai 6 orang murid telah berjaya memecahkan rekod UPSR SK Sungai Tuang dengan mendapat 5A. Sebelum ini, bilangan murid yang berjaya mendapat 5A pada setiap tahun hanyalah 1 atau 2 orang.

Pada tahun 2016, satu program aktiviti kayuhan sejauh 35 kilometer yang dinamakan 1M Fun Ride Go Green dianjurkan oleh SK Sungai Tuang dengan kerjasama Discovery Communication Adventure dan sejumlah 350 orang terlibat dengan program tersebut.

Pada 28 Jun 2018, Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka yang ke-11 merasmikan Dewan dan Surau SK Sungai Tuang yang baharu.


SENARAI GURU BESAR

BIL NAMA TARIKH BERKHIDMAT
1. ENCIK MOHD. TAIB BIN BABA 1952 – 1954
2. TUAN HAJI SHAMSUDIN BIN BUJAL 1954 – 1957
3. ENCIK KHAIRUDDIN BIN YUSOF 1958 – 1962
4. ENCIK ABIDIN BIN AWALUDDIN 1963 – 1963
5. ENCIK MOHD. TAIB BIN BABA 1964 – 1972
6. ENCIK BUJANG BIN MAHMUD 1973 – SEPT. 1976
7. ENCIK ISMAIL BIN SALLEH JUN 1977 – 1977
8. ENCIK MOHAMAD BIN JAIS 1978 – JUN 1978
9. ENCIK MOHAMAD BIN IBRAHIM JULAI 1978 – 16 DIS. 1984
10. ENCIK IBRAHIM BIN BUJANG 1984 – 1988
11. TN. HJ. AB. AZIZ BIN HJ. MOHD. KAUS 1989 – 1995
12. TN. HJ. AB. AZIZI BIN HJ. AB. RASHID 1 SEPT. 1995 – 31 DIS. 1996
13. PUAN ZAITON BT TAMBAYCHEK 1 JAN. 1997 – 31 MAC 1998
14. TN. HJ. JAMALUDDIN BIN ISMAIL 1 APR. 1998 – 18 JUL. 1998
15. PN. HJH. RAMLAH BT SUKIMIN 19 JUL. 1998 – 3 DIS. 2003
16. TN. HJ. MOHAMMAD BIN ABU HASSAN 5 DIS. 2003 – 19 SEPT. 2005
17. PUAN SOFIAH BT YANG RAZALI 1 DIS. 2005 - 30 MEI 2008
18. PUAN HAJJAH FUZIAH BT MAHMOOD 1 JUN 2008 - 16.06.2014
19. ENCIK ABDUL AZIZ BIN MOHD DIN 19.06.2014 – 04.05.2015
20. PUAN ZARINA BINTI MAHMAD 04.05.2015 – 04.05.2023

LAGU SEKOLAH

Nama lagu: HIDUP BERBAKTI

Pencipta Lagu: Puan Salmiza binti Ghazali

Pencipta Lirik: Encik Mohd. Azhar bin Radizuan dan Puan Noriah binti Haron


HIDUP BERBAKTI

Di sini tempatnya menuntut ilmu

Bersama cita-cita yang mulia

Mencapai wawasan negara

Majulah SKST


Hidup berbakti dan juga berjasama

Kepada agama, bangsa dan nusa,

Memenuhi amanah, ayah bonda,

Menjunjung hasrat semua.


Cekal semangat dan tabah hati

Berusaha pasti berjaya

Membela nasib ibu pertiwi

Bersatu bekerjasama


Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang

Jasamu pasti akan kukenang

Semoga namamu terus gemilah

Majulah SKST, majulah SKST.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang
Jalan Persisiran Pantai
78300, Masjid Tanah
Melaka,  Malaysia
Telefon = 6063847041
Fax = 6063847041

Pautan luar[sunting | sunting sumber]