Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang
Lokasi
Batu 11 1/2, Sungai Udang, 76300, Melaka,, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-3512164
Kod sekolahMBA2027
Guru besarEN. MOHD ISHA BIN BAKAR
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. ROSNANI BTE AHMAD ZAKARIA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. ROSLINDA BINTI ROSDI
Faks6063512164


Sekolah Kebangsaan Sungai Udang atau nama ringkasnya SK Sungai Udang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 11 1/2, Sungai Udang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Udang memiliki 546 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1008 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Merupakan institusi pendidikan secara formal yang pertama ditubuhkan di Sungai Udang. Dibina atas daya usaha Ketua Kampung ketika itu iaitu Datuk Penghulu Mohd Amin Bin Mahbob dan masyarakat Sungai Udang pada tahun 1 Januari, 1908. Sekolah ini terletak di atas Tanah lot No. 184 serta cantuman tanah lot No. 182, 183 dan 180 iaitu tanah En. Kamat yang telah di beli oleh kerajaan British.

Pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Sungai Udang, Melaka. Guru-guru yang mula mengajar di sekolah Melayu Sungai Udang pada 1 November 1908 ialah Tn Hj Manap B. Hj Dalip (Guru Besar), Tn Hj Long B. Hj Mat Amin dan En Katib Alang B. Hj Mat Amin. Murid-Muridnya pula seramai 67 orang dengan semuanya murid-murid lelaki dari darjah 1 hingga 4.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang telah menjadi sejarah di dalam kawasan Melaka Tengah.Pada 2012,pelajar yang mendapat 5A dalam ujian UPSR adalah sebanyak 25 pelajar. Pada 2013, bilangan pelajar yang mendapat 5A telah menurun kepada 24 pelajar. Dalam bidang sukan, SKSU telah menjuarai permainan sukan Sofbol MSSN Melaka sebanyak 5 kali berturut. Mereka telah menghantar beberapa pemain daripada sekolah sendiri dan dari sekolah lain untuk membentuk satu kumpulan negeri Melaka. SKSU juga telah mendapatkan pingat perak dalam Kejohanan Piala Menteri Sekolah Melaka 2019.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang
Batu 11 1/2, Sungai Udang
76300, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-3512164
Fax = 6063512164

Pautan luar[sunting | sunting sumber]