Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2
Lokasi
 Malaysia Jalan Sisiran 36/1, Taman Indahpura, 81000, Kulai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6076635209
Kod sekolahJBA8032
Faks6076635209


Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2 atau nama ringkasnya SK Taman Indahpura 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sisiran 36/1, Taman Indahpura.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2 memiliki 272 pelajar lelaki dan 291 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 563 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009

SK Taman Indahpura 2 telah dibuka secara rasminya oleh Encik Zais bin Akil, Pegawai Khas Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan pendidikan Negeri Johor pada 2 Sepetember 2003. Tuan Hj. Mukhatar Bin Hassim, Guru Besar SK Bandar Tenggara 1 diberi kepercayaan sebagai guru besar pertama sekolah ini. En. Khidzir bin Zainuddin (Pengurusan Besar Asiatic) pula telah dilantik sebagai Penerusi Penaja PIBG dan seterusnya sebagai pengerusi PIBG yang pertama. En. Md. Yusuf bin Sabikan, Guru Besar SK Taman Muhibah telah dipertanggungjawabkan sebagai guru besar pembimbing sebelum dan semasa awal persekolahan. Beliau telah banyak membantu dari segi tenaga dan sumbangan semasa pembukaan rasmi sekolah. En. Mat Isham Bin Masood pula merupakan guru penyelaras yang menerima peralatan dan perabot sekolah.

Tn Hj Mukhatar Bin Hassim telah berkhidmat selama 2 tahun 9 bulan di sekolah ini. Beliau telah digantikan oleh En Razali Bin Lan sehinggalah ke saat ini.

Pada peringkat awal persekolahan, seramai 294 orang murid dan 18 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini. Murid – murid ini merupakan penduduk di Indahpura, Kg. Pertanian, Kg. Separa, dan Saleng. Mereka ini sebelumnya adalah murid dari SK Kulai, dan 2.

MOTO Sekolah Kebangsaan Indahpura

ILMU, AMAL, BAKTI.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2
Jalan Sisiran 36/1, Taman Indahpura
81000, Kulai
Johor, Malaysia
Telefon = 6076635209
Fax = 6076635209

Pautan luar[sunting | sunting sumber]