Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin
JenisSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahBBA4044
LokasiJalan Jasmin 2, Taman Jasmin KAJANG, Selangor,  Malaysia
Telefon387399142
Faks387399142


Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin atau nama ringkasnya SK Taman Jasmin, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin memiliki 916 pelajar lelaki dan 717 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1633 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin telah mula dibina pada 1 Disember 1998, di atas tapak seluas 174 200 kaki persegi (4 ekar) beralamat di Lot 29193, Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin, Mukim Kajang, 43000 Selangor Darul Ehsan.

Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 1 Ogos 2000, dengan jumlah murid pada waktu itu seramai 360 orang dan mempunyai seramai 18 orang guru diterajui oleh Encik Md Tumiran Bin Sapuan sebagai Guru Besar. Jumlah kelas yang beroperasi pada masa itu hanyalah 12 kelas sahaja iaitu 4 buah kelas Tahun 1, 4 buah kelas Tahun 2 dan 4 buah kelas Tahun 3. Nama-nama bunga iaitu Bakawali, Kenanga, Orkid dan Melur telah dipilih sebagai nama-nama kelas.

Pada tahun 2001, bilangan kelas bertambah menjadi 20 buah dengan jumlah murid meningkat kepada 700orang dan bilangan guru seramai 30 orang. Teraju sekolah ini bertukar apabila Guru Besar kedua, Puan Rosnah Binti Hamzah melapor diri pada 1 Disember 2001. Bilangan murid terus bertambah menjadi 1100 orang pada tahun berikutnya dengan bilangan kelas sebanyak 25 buah dan bilangan guru seramai 42 orang. Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin telah digredkan sebagai sekolah gred A pada Disember 2002.

SENARAI GURU BESAR SK TAMAN JASMIN[sunting | sunting sumber]

  1. EN. MD TUMIRAN BIN SAPUAN OGOS 200 -2001
  2. PN. ROSNAH BT HAMZAH DISEMBER 2001 - 2004
  3. EN. CHANG FANG CHONG MAC 2004 - 2008
  4. PN. HJH MAZNAH BT MOHD SEDEK MAC 2008 - MAY 2012
  5. EN. SAHROM BIN SHAMSUDIN JUN 2012 - MAC 2018
  6. PN. ROHLAIZATUL 'AKMAL

MAC 2018 - SEKARANG

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin
Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin
Selangor, Malaysia
Telefon = 387399142
Fax = 387399142

Pautan luar[sunting | sunting sumber]