Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis
Lokasi
Taman Koperasi Polis Fasa 2,, Batu Caves, Kuala Lumpur,
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha, Berjaya, Berbakti
Nombor sekolah0361871880
Kod sekolahWBA0056[1]
Guru besarEncik Jamaludin bin Mohd Hashim
Faks0361875881
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves , Kuala Lumpur, Malaysia.

Bangunan sekolah ini telah didirikan pada tahun 1987 di atas tanah bekas lombong seluas 4.92 ekar (19262m persegi). Ianya siap dibina pada tahun 1992 setelah menghadapi beberapa rintangan.

Sesi persekolahan bermula pada Disember 1992 dengan seramai 7 orang pelajar yang ditempatkan di dalam 21 buah kelas dengan 30 orang guru. Pelajar-pelajar perintis ini sebahagian besar berpindah dari SK Taman Selasih, SK Kg Batu, Sk Batu 4 Jalan Ipoh dan SK Taman Selayang.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula telah ditubuhkan pada 16 Januari 1993. Sesi persekolahan 1993/94, Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka bagi menampung seramai 37 orang pelajar. Tenaga pengajarnya pula seramai 10 orang. Pada tahun 2005, Kelas Pra PKBP mula dibuka bagi menampung keperluan murid Bermasalah Pembelajaran. Pn Norhayati Ahmad Mokhtar merupakan guru penyelaras Pra PKBP.

Sekolah ini terus mendapat perhatian ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar. Untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat, sesi petang terpaksa diadakan mulai 1 Januari 1995. Bilangan murid yang semakin bertambah dari tahun ke tahun mendorong pihak sekolah untuk membuka satu lagi bangunan tambahan. Bangunan satu tingkat tersebut yang didirikan di tepi kantin sekolah telah dibina pada tahun 1999. Ia mula beroperasi pada tahun 2000 yang menempatkan kelas Tahun 4.

Pada tahun 2002, bangunan 4 tingkat dibina bersebelahan bangunan blok C, tepi padang. Sebahagian daripada padang terpaksa dikorbankan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan tersebut. Pada tahun 2003 bangunan tersebut telah siap dan mula beroperasi pada tahun 2004. Bangunan tersebut dilengkapi dengan bilik darjah dan bilik-bilik khas. Pada tahun itu murid ditempatkan di situ adalah di kalangan murid Tahun 5 dan Tahun 6. Bilik khas yang terletak di situ adalah terdiri daripada Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup serta Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Bilik Pengawas dan bahagian bawah pula merupakan Dewan Terbuka bagi menjalankan aktiviti murid dan majlis-majlis tertentu termasuk Mesyauarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Serentak dengan itu juga, sebuah bangunan makmal kompuer dua tingkat dibina di antara blok C dan blok D. Pada tahun 2003, makmal komputer digunakan untuk kegunaan murid-murid.

Kini pada tahun 2020, SK Taman Koperasi Polis telahpun mempunyai prasarana yang lengkap bagi melahirkan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif selaras dengan PAK21. 2009

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis
Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0361871880
Fax = 0361875881

Pautan luar[sunting | sunting sumber]