Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri
Lokasi
Padang Serai, Kulim, Kedah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan19 Julai 2011
Nombor sekolah04-4853510
Kod sekolahKBA 5033 [1]
Guru besarAHMAD AZMI BIN YAHAYA
GPK Pentadbiran dan AkademikNORDIN BIN AB HAMID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNOR HAYATI BINTI OSMAN
Penolong Kanan KokurikulumROSLI BIN AHMAD

MUKADIMAH/PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri adalah sebuah sekolah rendah awam di kawasan Padang Serai, di dalam Daerah Kulim Negeri Kedah Darul Aman. Rentetan sejarah penubuhan apabila Kerajaan Malaysia memutuskan pembinaan sekolah baru untuk Negeri kedah dalam Program Rancangan Malaysia Ke-10, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan telah meluluskan projek Cadangan membina dan menyiapkan Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri, Mukim Naga Lilit, Daerah Kulim , Kedah Darul Aman , No Kontrak KP/BP/PEM/109/2011, kontrak kerja pembinaan Sk Tmn Mahsuri telah diberi kepada kontraktor ILIASCO CORPORATION SDN BHD, Tarikh serahan dan pembinaan tapak telah dimulakan pada 19 Julai 2011.

SEJARAH SEKOLAH

Kawasan Padang Serai adalah kawasan luar bandar yang pesat membangun dan bersempadanan dengan daerah Seberang Perai Utara Pulau pinang, Limpahan projek perumahan bagi menampung keperluan pembangunan dalam masa yang sama turut meningkatkan pertambahan jumlah penduduk di kawasan sekitar, Keperluan sebuah sekilah rendah baharu menjadi keutamaan kerana SK TMN RIA dan SK PERMATANG TOK DIK telah mencapai tahap maksima dalam penerimaan pelajar, kedua-dua sekolah ini menjalankan 2 sesi persekolahan.

Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri (SKTM) dibina atas keperluan semasa untuk menampung limpahan murid-murid dari SK Taman Ria dan SK Permatang Tok Dik. Pembinaan

Pembinaan bangunan SKTM di atas tanah seluas 5 ekar bermula pada tahu 2013. Sekolah ini terletak di Taman Mahsuri , Padang Serai , Mukim Naga Lilit. Sekolah ini juga bersebelahan Pusat Tingkatan Enam Mod 1 SMK Taman Mahsuri.

Pada peringkat awal sekolah ini dicadangkan untuk dibuka pada awal tahun 2014. Usaha ke arah itu telah dilaksanakan dengan melantik 2 orang "care taker" iaitu, Tuan Haji Nor Adzman Bin Baba , PK Pentadbiran dari SK Merbau Pulas & Encik Mohd Khairul Nizam Bin Mohamad Khairy, PK Petang dari SK Taman Ria. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Ahmad Azmi Bin Yahaya dari SK Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]