Sekolah Kebangsaan Taman Melati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Melati
Lokasi
Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur, Keramat Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoJaya, Iltizam, Tekun, Usaha (JITU)
Nombor sekolah03 -4108 4420
Kod sekolahWBA0090 [1]
Guru besarEncik Kasniza Jumari bin Shamsir (2021)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Rosli bin Johari@Zahari
Penolong Kanan KokurikulumPn. Amutha
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Taman Melati merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Melati,Setapak , Kuala Lumpur, Malaysia.

SK Taman Melati merupakan sekolah kerajaan yang dipilih melaksanakan Program Transformasi Sekolah Kohort 3.0 pada September 2017.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah dibuka pada 1 Januari 2004. telah dilantik sebagai Guru Besar SK Taman Melati pada tahun yang sama sekolah tersebut dibuka. Guru besar turut dibantu oleh selaku GPK1. sebagai GPK HEM dan GPK KOKO. SK Taman Melati mempunyai sesi pagi sahaja.

Murid-murid SK Taman Melati terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan lain-lain termasuk murid bukan warganegara. Sekolah Kebangsaan Taman Melati menjalankan sesi persekolahan satu sesi sahaja iaitu sesi pagi bermula 7.30 pagi dan berakhir 1.00 petang untuk murid tahap 1 dan 1.30 petang untuk murid tahap 2. Terdapat 30 kelas yang digunakan dalam menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran.

Pelbagai kemudahan telah disediakan di sekolah ini untuk memberi keselesaan kepada murid-murid dan para guru. Antaranya mini stadium yang menggunakan sintetik trek, ICT, klinik kesihatan, bilik gimnastik, pusat sumber yang lengkap dengan penghawa dingin, surau dan sebagainya.

Bilangan guru dan murid juga bertambah setiap tahun mengikut keperluan berikutan terdapat pertambahan penduduk di sekitar Taman Melati. Pada Julai 2007, pentadbiran sekolah telah diperbaharui dengan perubahan pentadbir sekolah yang baharu. SKTM telah menerima Guru Besar baru iaitu En Maidin Bin Surateman dan dibantu oleh GPK1, Pn Jamilah Bt Ariffin, GPK HEM, Puan Hajah Jamaliah Bt Mohd Yusof dan GPK Kokurikulum, En Suhaili Bin Mohd Yunos untuk mentadbir SK Taman Melati.

“SK Taman Melati sentiasa berusaha melahirkan putera dan puteri yang bersahsiah mulia untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sesuai dengan motto sekolah iaitu JITU (Jaya, Iltizam, Tekun dan Usaha)”

Guru Besar SK Taman Melati seterusnya ialah En Mohd Sadli Bin Harun yang memegang jawatan tersebut pada 2013.

Pada 19 September 2017, SK Taman Melati telah dipilih untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 3.0. Pada tahun 2018, SK Taman Melati telah menjenamakan semula nama-nama kelas mengikut jenis bunga Melati iaitu Melati Bintang, Melati Raja, Melati Italia, Melati Gambir dan Melati Putih.

Pada tahun 2020, SK Taman Melati maju setapak lagi apabila berupaya membangunkan sebuah laman web interaktif (sktamanmelati.edu.my) bagi penyampaian maklumat dan dokumentasi secara berkesan.

Guru besar seterusnya ialah En Kasniza Jumari bin Shamsir pada tahun 2021.

Ringkasan Sejarah

2004

SK Taman Melati dibuka pada 1 Januari 2004. Guru Besar pertama Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Ahmad

2007

Guru Besar kedua melapor diri iaitu En Maidin Bin Surateman

2013

Guru Besar ketiga melapor diri iaitu En Mohd Sadli Bin Harun

2017

Sekolah menerima Watikah Pelantikan sebagai Sekolah Transformasi TS25 Kohort 3.0

2021

Guru besar keempat melapor diri iaitu En Kasniza Jumari bin Shamsir

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Melati
Taman Melati,53100 Kuala Lumpur.
Telefon = 0340184420


Rujukan[sunting | sunting sumber]

<https://sktamanmelati.edu.my/sejarah-sekolah//>

Pautan luar[sunting | sunting sumber]