Sekolah Kebangsaan Taman Selasih, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
Lokasi
Batu Caves, Gombak, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHidup Berilmu dan Berbuat Amal
Nombor sekolah0361880307
Kod sekolahBBA7221
Guru besarEncik Masdi bin Mas'ud
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rosnani bt Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Nor Suhailawati bt Maksud
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Radzi b Mohd Roslan
Faks0361880307
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Taman Selasih atau nama ringkasnya SK Taman Selasih, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Selasih Fasa 2.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih (SEKASEH) telah didirikan pada tahun 1988 oleh KPM. Sekolah ini didirikan dengan dua blok bangunan setinggi tiga tingkat . Satu blok A dan satu blok B.

Di blok A ada lapan bilik darjah, bilik guru, surau, stor, bilik komputer, rawatan dan bilik kaunseling, bilik muzik serta dua bilik segar guru lelaki dan perempuan, dua tandas murid perempuan dan lelaki. Di blok B ada lapan bilik darjah, bilik PSS, bilik tayang, bilik lukisan, bilik segar lelaki dan bilik kemahiran hidup.

Di blok D ada empat bilik darjah bangunan pasang siap. Bangunan ini dibina dan disiapkan untuk beroperasi pada tahun 1993. Selain daripada kemudahan bangunan, sekolah ini juga menyediakan padang permainan, gelanggang bola tampar dan gelanggang serba guna bagi kemudahan sukan dan permainan.

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih kini merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan makmal Sains, Taman Hidroponik, bilik Teknopen, bilik SAC, bilik Pra Sekolah, bilik ABM dan stor sukan. Sekolah ini dibuka untuk sidang akademik yang pertama pada 1 Disember 1990.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah melantik seorang Guru Besar ke sekolah ini pada 2 November 1990 iaitu Encik Ismail bin Hj. Sali. Murid-murid yang datang ke sekolah ini kebanyakannya murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Gombak yang jaraknya 2 km. Murid tersebut datangnya dari taman dan kampung setinggan yang berhampiran Taman Selasih Fasa 2 dan Kampung Gombak Jaya. Pada mulanya, hanya 29 kelas sahaja dibuka.

Pada awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Taman Selasih seramai 46 orang guru dan 1224 orang murid (mengikut maklumat pendidikan 30 Jun 1991). Pecahan kelas pada tahun 1990-1991: Darjah 1 - 11 kelas, Darjah 2 - 5 kelas, Darjah 3 - 4 kelas, Darjah 4 - 4, kelas Darjah 5 - 3 kelas, dan Darjah 6 - 2 kelas.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
68100 Batu Caves
Selangor
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]