Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas
Lokasi
 Malaysia Jalan Tun Dr. Ismail, Off Jalan Langat, Klang, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan3 Oktober 1994
Nombor sekolah333721713
Kod sekolahBBA0034
Guru besarHaji Nor Azmi bin Rahmat
GPK Pentadbiran dan AkademikChe Norlia bt Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridChe Omar bin Abd. Hamid
Penolong Kanan KokurikulumNorazzizi bin Ruslee
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangNadrah bt Othman
Faks333726148


Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas atau nama ringkasnya SK Taman Sri Andalas, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Off Jalan Langat, Klang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas memiliki 1038 orang pelajar lelaki dan 913 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1951 orang. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2009

Pada 2012, SK Taman Sri Andalas mempunyai 1809 orang pelajar, 107 orang guru dan 10 orang staf sokongan.2012

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas telah ditubuhkan pada 3 Oktober 1994 dan mula beroperasi pada 1 Disember 1994.

Pada awal pembukaannya pada Disember 1994, bilangan murid di sekolah ini hanyalah seramai 824 orang. Pada Januari 2005, jumlahnya bertambah menjadi 2108 orang murid termasuk murid-murid kelas pra-sekolah. Sehingga November 2011, jumlah murid di SKTSA adalah seramai lebih kurang 1800 orang. Bilangan guru juga bertambah setiap tahun dan pada 2005, seramai 90 orang guru telah ditugaskan mengajar di sekolah ini dengan dibantu oleh 6 orang staf. Sehingga Disember 2011, bilangan guru adalah seramai 101 orang termasuk GB dan GPK, manakala bilangan staf adalah seramai 10 orang.

Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu di sebelah pagi untuk murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dan di sebelah petang untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3). Pada tahun pertama, sebanyak 24 kelas dibuka dan telah meningkat kepada 53 kelas termasuk 2 kelas pra-sekolah sehingga sekarang.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

SK Taman Sri Andalas mempunyai 3 buah blok bangunan 3 tingkat iaitu Blok A, Blok B dan Blok D.

Blok A terdiri daripada bilik-bilik darjah Tahun 1, 3, 4 dan 6, pejabat, bilik guru Tahun 6, bilik mesyuarat, bilik SPBT, bilik panitia, pusat sumber sekolah, bilik APD, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik LINUS dan kedai buku.

Blok B pula terdiri daripada Dewan Budiman, billik-bilik darjah Tahun 1, 3, 4 dan 6, bilik guru Tahun 1, 3 dan 4, klinik, stor SPBT, surau, bilik fail, bengkel KH, bilik PSV, bilik muzik dan bilik J-Qaf.

Manakala Blok D pula terdiri daripada Dewan Mesra, bilik-bilik darjah Tahun 2 dan 5, bilik PSK, makmal Sains, bilik pemulihan, bilik SAL dan bilik J-Qaf 2.

Pusat Sumber Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sebuah pusat sumber sekolah (PSS) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan mengubahsuaikan sebuah bilik di tingkat dua blok A. Pada Oktober 2001, pembiayaan kos memperlengkap PSS dibantu dengan pengadaan Projek Bacathon. Pada 2002, PSS telah diubah suai lagi bagi memajukan PSS SK Taman Sri Andalas.

Pada tahun 2008 dan 2009, telah diadakan satu projek khidmat bantu PSS peringkat Negeri di daerah Klang. Pada tahun 2009, PSS telah dicalonkan sebagai PSS cemerlang mewakili daerah Klang ke peringkat negeri Selangor.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah:

  • Pinjaman buku
  • Bilik Alat Pandang Dengar (APD)
  • Pinjaman Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  • Bilik akses
  • Khidmat Bantuan/Kepakaran
  • Ruang rekreasi
  • Ruang bacaan

Moto, Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Moto

Pusat Sumber ceria

Pelajar cemerlang

Dan berwawasan

Visi

Pusat Sumber Sekolah merintis mercu kecemerlangan dan kegemilangan insan

Misi

Menjana modal insan berilmu, kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. En. Shahar Affendi b. Alang Hassan (Dis 1994 – 1996)
  2. En. Kamaruddin b. Mohd. Yasin (1996 – Sept 2008)
  3. En. Hud b. Abdul Ghani (Okt 2008 – Nov 2011)
  4. Tn. Hj. Nor Azmi b. Rahmat (Dis 2011 – Mac 2022)
  5. En Ayob bin Munade (Mac 2022 - kini)

Penolong Kanan Kurikulum[sunting | sunting sumber]

  1. Pn. Sabariah bt. Ali ( – )
  2. Pn. Salimah bt. Mahat (mulai Julai 2011 – Dis 2011)
  3. Pn. Che Norlia bt. Ismail (Feb 2012 – Mei 2020)
  4. Pn. Fitra Dilla binti Abdul Halim (Jun 2020 - kini)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)[sunting | sunting sumber]

  1. Pn. Hjh. Fatimah bt. Ahmad ( – )
  2. En. Che Omar b. Hamid ( – )
  3. Pn. Fitra Dilla binti Abdul Halim ( - Mei 2020)
  4. En. Noor Azhar bin Mohamad (Jun 2020 - kini)

Penolong Kanan Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  1. Pn. Wee Soon Buay ( – Julai 2011)
  2. En. Sulaiman b. Ismail (mulai Ogos 2011 – )
  3. En. Norazzizie bin Ruslee ( - )
  4. En. Ahmad Saiful Bahri bin Haidar ( - Februari 2021)
  5. Pn. Bebe Fatimah binti M.Abdullah (Februari 2021 - kini)

Penolong Kanan Petang[sunting | sunting sumber]

  1. Pn. Hasliza bt. Ismail (sehingga 30 Sept 2011)
  2. Pn. Nadrah bt. Othman (2012 – )
  3. Pn. Bebe Fatimah binti M.Abdullah ( - Februari 2021)
  4. En Ismarudin bin Ismail (Februari - kini)

Lencana[sunting | sunting sumber]

Lengkungan merah dan kuning

Di bahagian atas, kanan dan bawah di samping perkataan KLANG yang tertulis pada bengkung merah menunjukkan lokasi sekolah ini iaitu di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.

0112 dan 1994

Merupakan tarikh hari pertama sekolah ini mula beroperasi iaitu pada 1 Disember 1994.

Jalur putih, kuning dan merah

Melambangkan murid daripada pelbagai kaum bersatu dan seiring menuju kejayaan.

Buku dengan perkataan IQRA'

Melambangkan gedung ilmu yang perlu diterokai dalam usaha menggarap ilmu.

Mata pena

Bermaksud kerja-kerja praktikal yang sama pentingnya selain daripada membaca.

Sepasang tanah

Bermaksud bersyukur, berdoa dan bertawakal atas segala usaha yang dilakukan.

Logo yang berlatarbelakangkan warna hijau

Melambangkan kecintaan kepada persekitaran yang bersih dan kehidupan yang sejahtera.

Bentuk lencana

Menunjukkan pihak yang memimpin dan pihak yang dipimpin sama-sama mempunyai peranan untuk mencapai kejayaan.

'CEMERLANG DAN BERWAWASAN'

Ialah slogan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang menjadi aspirasi guru-guru serta murid-muridnya dalam mencapai matlamat 'Insan Kamil' (Manusia Sempurna).

Visi, misi dan piagam[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Melahirkan murid yang bersahsiah mulia dan berilmu

Misi[sunting | sunting sumber]

Menerapkan nilai-nilai murni dan mengamalkan budaya ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti

Piagam[sunting | sunting sumber]

Guru-guru sekolah ini akan terus berusaha:

  • Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran pendidikan yang berkualiti.
  • Memupuk sikap kreatif, inovatif dan proaktif di kalangan staf dan murid.
  • Membentuk murid berketrampilan, berfikiran kreatif dan kriti serta mampu menyumbang ke arah wawasan negara sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
  • Membimbing murid membina sahiah dan akhlak yang mulia, meningkatkan prestasi dalam kokurikulum dan pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
  • Mewujudkan hubungan harmoni di antara staf ibu bapa/penjaga.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, SKTSA telah dicalonkan menjadi Sekolah Harapan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas
Jalan Tun Dr. Ismail, Off Jalan Langat,
41200 Klang
Selangor, Malaysia
Telefon = 333721713
Faks = 333726148

Pautan luar[sunting | sunting sumber]