Sekolah Kebangsaan Tanah Liat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanah Liat
Lokasi
 Malaysia Tanah Liat, 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045386675
Kod sekolahPBA0017
Faks6045386675
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tanah Liat atau nama ringkasnya SK Tanah Liat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Tanah Liat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanah Liat memiliki 591 pelajar lelaki dan 522 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1113 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rasional Sejarah

Kewujudan Sekolah Kebangsaan Tanah Liat bermula sebelum tahun 1892. Penubuhannya diasaskan kepada dua tempat pengajian iaitu bangsal Pendidikan Agama dari dua tempat yang berasingan iaitu Tok Man Sekon dan Kelas Agama Perempuan. Tok Man Sekon akhirnya dipanggil Sekolah Umum dan Kelas Perempuan dipanggil Sekolah Perempuan. Kedua-dua aliran ini digabungkan maka wujudlah Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.


Konotasi Sejarah

Sebelum 1892

Telah wujud Sekolah Atap yang mengajar bacaan Al-Quran, membaca dan menulis jawi serta mengira. Sekolah ini dikelolakan oleh seorang alim. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Tok Man Sekon.

1892

Kerajaan Inggeris membina sebuah bangunan sekolah (JKR 90). Bangunan sekolah ini bersambung sekali dengan rumah guru. Bangunan ini dibina daripada papan. Ketika itu dikenali sebagai Sekolah Umum.

1918

Wujud satu kelas perempuan di bawah rumah Puan Som bt Hj Awang. Pejabat Daerah ketika itu membayar sewa tapak RM6.00 sebulan.

1927

Kerajaan Inggeris mendirikan sebuah bangunan sekolah berbumbung atap untuk Kelas Perempuan. Bangunan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan.

1930

Untuk Sekolah Umum, Kerajaan membina sebuah lagi bangunan (JKR 91) dan sebuah rumah guru (JKR 92).

1956

Sebuah lagi bangunan sekolah (JKR 365) dibina untuk menampung murid yang kian bertambah.Bangunan ini mempunyai enam bilik darjah. (Bermulalah persekolahan dua sesi iaitu pagi dan petang).

1964

Bangunan sekolah perempuan diruntuhkan dan dibina bangunan batu selapis (JKR 629) dan sebuah kantin.

1968

Sekolah Umum dan Sekolah Perempuan Tanah Liat digabungkan dan diisytiharkan dengan nama Sekolah Kebangsaan Tanah Liat pada 1 Mei 1968. (Bangunan Sekolah Perempuan dijadikan Pusat Kokurikulum JPNPP) sekarang ini.

1975

Bangunan Sekolah Lama (JKR 90) dirobohkan dan dibina sebuah bangunan baru yang mempunyai 6 bilik darjah dan sebuah pejabat serta kantin. (kawasan sekolah mula di pagar sekelilingnya).

1998

Bangunan Sekolah Lama (JKR 91) dan rumah guru (JKR 92) dirobohkan. Sebuah bangunan sekolah baru empat tingkat dibina.

2000

Bangunan baru empat tingkat (JKR 2032) mula digunakan. [1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

15 orang 5A(2009)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanah Liat
Tanah Liat
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045386675
Fax = 6045386675

Pautan luar[sunting | sunting sumber]