Sekolah Kebangsaan Tang Lapadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tang Lapadan
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas, 98850, Lawas, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB5209
Guru besarPn Jane Dennis
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Loura Balang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Lolitha Balang
Penolong Kanan KokurikulumEn Fadli
FaksTIADA
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Tang Lapadan atau nama ringkasnya SK Tang Lapadan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tang Lapadan memiliki 26 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 48 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Tang Lapadan atau nama awalnya SRK Tang Lapadan diasaskan oleh Pastor Lawai Asi sekitar awal tahun 1960-an dan berdirinya bangunan sekolah ini adalah atas usaha penduduk Kampung Tang Lapadan. Bangunan terawal terdiri daripada kelas yang menempatkan Kelas 1 sehingga Kelas 5. Dinding bangunan ini dibina daripada buluh manakala atapnya daripada daun sagu. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini terpaksa membawa bekalan makanan untuk seminggu dari rumah untuk dimasak. Untuk sampai ke sekolah ini pula, murid-murid terpaksa menaiki perahu menyusuri sungai selama setengah hari sekiranya air sungai naik (sungai ini dikenali sebagai Sungai Trusan sekarang).

Kedudukan sekolah yang berdekatan dengan sungai menyebabkan kawasan ini sering dilanda banjir dan kesan banjir yang paling teruk dirasai pada tahun 2009 yang mengakibatkan kerosakan barangan sekolah. Pada tahun 1965, bangunan sekolah ini telah dibina semula. Dinding bangunan sekolah ini telah dibina menggunakan papan. Pada ketika itu, murid-murid yang bersekolah di sekolah ini datang dari Kampung Tang Sango, Beriwen Kito, Tang Lapadan, Long Sebulu, Puru Sia, Long Sebatu, Bukit Batu, Beriwen Tengah dan Long Bidang. Bilangan murid ketika itu ialah sekitar 62 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang sahaja.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tang Lapadan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas
98850, Lawas
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]