Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong
Lokasi
Jalan Haji Mohd Noh, Tanjong Tokong, 10470, Georgetown,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6048990944
Kod sekolahPBA1012
Faks6048990944
Map


Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong atau nama ringkasnya SK Tanjong Tokong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Haji Mohd Noh, Tanjong Tokong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong memiliki 205 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 381 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong , Pulau Pinang telah diasaskan pada tahun 1898 . Bangunan pertamanya ialah di tepi pantai berhadapan dengan Masjid Karwa yang terletak di persimpangan Jalan Tanjong Tokong Lama dan Jalan Tanjong Tokong Baru . bangunan ini kemudiannya terbakar,. setelah di baik pulih dan diubah suai , bangunan itu dijadikan kauters kediaman kakitangan rendah Jabatan Kerja Raya . Penduduk-penduduk tempatan menyebutnya sebagai bangunan terbakar.

Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru di atas bukit berhadapan dengan masjid Tuan Guru bagi menempatkan murid-murid. Pada masa itu ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Tanjong Tokong, sebuah rumah guru juga didirikan berhampiran dengan bangunan sekolah tersebut untuk dijadikan kediaman Guru Besar . bentuk bangunan sekolah dan rumah guru itu bercirikan كوليال iaitu beratap genting,, berdinding papan dan bertiang bata, bangunan sekolah ketika itu tidak mempunyai bilik tertentu, ia hanya satu bangunan panjang seperti rumah panjang yang terdapat di Sarawak,. hanya tiga buah bilik darjah sahaja yang dapat diwujudkan dengan menggunakan bidang pemisah yang diperbuat daripada bertam, juga telah diwujudkan satu ruang kecil untuk dijadikan Pejabat Guru Besar.

Bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah ketika itu , sebuah bangunan tambahan telah didirikan berhampiran bangunan induk, bangunan tambahan ini merupakan sebuah bangsal yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan bertam tanpa sebarang tingkap . bangsal ini dapat mewujudkan dua buah bilik darjah dengan pemisah nya ialah bidang bertam .

Walaupun bangunan sekolah telah dirobohkan, rumah guru masih tegak berdiri hingga ke hari ini , malah sedang dihuni oIeh seorang pendidik dan keluarganya. Salah seorang murid yang mendapat pendidikan awalnya di sekolah ini ialah Tan Seri Datuk Ilias bin Ammar iaitu bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pada tahun 1955, dua blok bangunan telah didirikan di atas tanah yang ditebus guna berhampiran jalan baru Tanjong Tokong bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah, pada mulanya bangunan tersebut telah dikongsi bersama dengan sekolah Inggeris Tanjong Tokong yang menggunakan blok A dan Sekolah Umum Tanjong Tokong yang menggunakan blok B, pada masa itu kerajaan telah menukarkan nama sekolah Melayu kepada sekolah umum . ketika itu,, Sekolah Umum Tanjong Tokong mula mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang, bangunan lama di atas bukit masih terus digunakan

Pada tahun 1960, Sekolah Inggeris Tanjong Tokong telah berpindah ke bangunannya sendiri di Jalan Tan Jit Seng, Tanjong Bunga dan dinamakan sekolah Inggeris Tanjong Bunga, manakala Sekolah Umum Tanjong Tokong mengambil alih kedua-dua blok bangunannya . Pada penghujung tahun 1960 , kerajaan telah menukarkan nama sekolah umum kepada sekolah Kebangsaan maka dengan rasminya sekolah umum Tanjong tokong ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong .

Pada tahun 1985, Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mendapat sebuah bangunan baru berupa sebuah blok tiga tingkat manakala blok A dan blok B bangunan lama telah dirobohkan dan kawasan tapaknya dijadikan padang permainan hingga ke hari ini . Bangunan baru ini mempunyai 12 bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat Guru Besar , Pusat Sumber, 6 buah tandas murid, 2 tandas guru, beberapa stor kecil , belek siaran, surau dan kantin .

Pada tahun 1991, pengubahsuaian kecil telah dilakukan untuk mewujudkan bilik prasekolah manakala pada awal tahun 1993 telah didirikan sebuah bilik bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Pada bulan Disember 1991, sebahagian daripada kawasan padang permainan telah digunakan untuk membina sebuah bangunan yang dinamakan Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjong Bunga.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong
Jalan Haji Mohd Noh, Tanjong Tokong
10470, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6048990944
Fax = 6048990944

Pautan luar[sunting | sunting sumber]