Sekolah Kebangsaan Tanjung Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Besar
Lokasi
Tanjong Besar, BENTA, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Beramal
Nombor sekolah6093238643
Kod sekolahCBA3013
Faks6093238643
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tanjung Besar atau nama ringkasnya SK Tanjung Besar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Tanjong Besar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjung Besar memiliki 41 pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 95 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Pada Tahun 2016, SK Tanjung Besar mempunyai 55 pelajar lelaki dan 48 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid adalah seramai 103 orang. Seramai 14 orang guru iaitu 5 orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan yang sedang berkhidmat di SK Tanjung Besar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Melayu Tanjung Besar (1898) dan Sekolah Melayu Kg. Budu (1899) merupakan dua buah sekolah yang paling awal didirikan di Daerah Lipis. Sekolah Melayu Tanjung Besar yang dibuka pada 10 Julai, 1898 di  Bukit Bayam adalah atas inisiatif Tok Setia Ismail bin Maulud, Penghulu Tanjung Besar. Bangunan asal telah dibuat oleh orang-orang kampung dengan keluasan kira-kira 80 kaki panjang dan 40 kaki lebar, beratapkan bertam, berdindingkan buluh beranyam, dan lantainya pula  daripada papan bertarah dengan jumlah murid mulanya seramai 32 orang yang berusia antara 16-20 tahun.  Mata pelajaran utama diajar ialah Jawi dan Ilmu Hisab.  Alat tulis yang digunakan oleh murid-murid ialah papan batu dan kalam batu.  Guru pertama dan tinggal di sekolah ini ialah Cikgu Ahmad bin Abd Kadir@Ahmad Kidal yang berasal dari Singapura.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010,SK Tanjung Besar telah mendapat kedudukan 4 terbaik di daerah Kuala Lipis.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjung Besar
27310 Benta
Pahang,  Malaysia
Telefon = 6093238643
Fax = 6093238643

Pautan luar[sunting | sunting sumber]