Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang
Lokasi
Km 3 , Jalan Mentakab, TEMERLOH, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH KEHIDUPAN
Nombor sekolah6092901030
Kod sekolahCBA7033
Faks6092901031


Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang atau nama ringkasnya SKTL, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km 3 , Jalan Mentakab.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang memiliki 491 pelajar lelaki dan 461 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 952 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang telah ditubuhkan pada tahun 1924. Lokasi asalnya adalah di Kampung Tanjong Lalang yang terletak kira-kira 3 km dari Bandar Temerloh. Kampung yang terletak di tepi Sungai Semantan merupakan antara petempatan awal perkampungan Melayu di Temerloh. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Abdul Manaf bin Benar.

Bangunan asalnya dibina oleh penduduk setempat, dimana merupakan bangunan yang berlantaikan tanah, berdindingkan pelepah nipah dan beratapkan daun nipah. Kerusi meja bagi pelajar juga dibuat sendiri oleh penduduk setempat menggunakan batang kayu dan papan.

Pada tahun 1958, sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru, iaitu terletak antara Kampung Paya Kechik dan Kampung Tualang serta bertentangan dengan KFC Temerloh yang baru. Ia merupakan sebuah kawasan tanah gazet kepunyaan Public Work Department pada ketika itu, yang kini dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun, nama asalnya dikekalkan walaupun berpindah ke lokasi sekarang.

Bangunan kedua telah dibina pada tahun 1962. Bangunan ini menempatkan 4 buah bilik darjah, pejabat sekolah dan bilik guru. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang ketika itu, Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah.

Oleh kerana, lokasi sekolah ini terletak di kawasan beberapa buah kampung dan taman perumahan, maka permintaan dari ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini agak tinggi. Bagi menampung pertambahan murid yang semakin banyak, sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina pada tahun 1993. Bangunan tersebut menempatkan tujuh buah bilik darjah, sebuah makmal sains dan ruangan serbaguna di tingkat bawah dan kini telah diubahsuai menjadi dewan utama sekolah, Dewan Mat Kilau.

Pencapaian akademik sekolah yang membanggakan dari semasa ke semasa dan lokasinya di laluan utama ke Bandar Temerloh merupakan faktor sekolah ini terus menjadi pilihan utama ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah ini. Tambahan itu, pada tahun 2000, sebuah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung murid yang semakin bertambah. Bangunan yang keempat ini menempatkan enam bilik darjah, sebuah makmal sains dan dua buah kelas prasekolah di aras paling bawah.Pada tahun 2004, seiring dengan usaha kerajaan mementingkan prasarana pendidikan Negara, sekolah ini telah diberikan peruntukan untuk membina sebuah bangunan empat tingkat bagi menempatkan bilik-bilik khas dan bilik darjah yang selesa. Bangunan ini telah dibina di atas tapak bangunan pertama. Bangunan baru ini mengandungi tujuh bilik darjah, pusat sumber sekolah, pejabat sekolah, bilik guru, bilik kemahiran hidup dan bilik muzik. Selain itu, pada tahun 2008 pula, terbinanya makmal komputer berhadapan dengan bangunan bilik darjah.

SKTL juga sinonim dengan simbolik Pokok Asam Jawa yang sebelum ini menjadi mercu tanda sekolah sebelum ianya ditebang bagi meluaskan tapak tempat letak kenderaan guru dan tapak perhimpunan. Akhir sekali, satu sambutan hari raya pada tahun 2016 telah diadakan buat pertama kalinya untuk para alumni sekaligus terbentuklah kumpulan alumni SKTL Temerloh yang terdiri daripada bekas guru,staf dan pelajar pada mesyuarat agung alumni yang pertama.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1. Pada tahun 1985, SKTL berjaya pecah rekod iaitu berjaya menghasilkan 10 pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan penilaian darjah lima (PPDL).

2. SKTL juga merupakan antara sekolah rendah pertama yang menjadi perintis bagi peperiksaan UPSR pada tahun 1987

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang
Km 3 , Jalan Mentakab
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092901030
Fax = 6092901031
Email = sktl7033@yahoo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]