Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak
Lokasi
 Malaysia Kampong Tebing Rebak, 36100 Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1950-an
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahABAB013
Guru besarPn Zaiton bt Hashim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Danial bin Mohd Khair
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Suzana bt Aziz
Penolong Kanan KokurikulumEn Fauzi bin Hashim
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak atau nama ringkasnya SK Tebing Rebak, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Tebing Rebak.kampung ini mempunyai kemudahan jalan raya berturap, masjid dan klinik desa.

Pada 2022, Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak memiliki 7 orang murid. 2 pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 7 orang.

Bagi sesi persekolahan 2023/2024, hanya 4 orang pelajar baru yang akan didaftarkan menjadikan keseluruhan murid 2023/2024 adalah seramai 9 orang. Sekolah ini mempunyai 4 orang guru, seorang kakitangan sokongan yang dipinjamkan secara bergilir dan Guru besar (Pn. Zaiton bt Hashim)

Meskipun murid-murid SK Tebing Rebak tidak ramai murid, murid-murid di SK Tebing Rebak mampu mencapai 100% penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) bagi semua murid tahap 1.

Sekolah ini tiada kemudahan pengusaha kantin, namun bekalan RMT untuk makanan dan sarapan murid diperoleh daripada sekolah jiran(SK SUNGAI DULANG DALAM). Manakala bagi guru pula,mereka harus membeli makanan di gerai pada waktu pagi sebelum masuk ke sekolah untuk bekalan makanan sehingga waktu pulang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak telah dibina pada tahun 1950-an. Sekolah ini pernah mempunyai lebih 200 orang pelajar sebelum bilangan tersebut berkurangan dengan penubuhan sebuah sekolah di kawasan seberang. Pengurangan pelajar juga diakibatkan oleh bilangan penduduk Kampung Rebing Rebak yang menurun disebabkan oleh perpindahan lepasan sekolah yang berpindah keluar ke bandar mencari kerja.[1]

Acara sekolah tetap diadakan seperti biasa seperti acara sukan tahunan sungguhpun dengan bilangan pelajar yang hanya dua orang. Acara tersebut diadakan dengan disertai oleh penduduk kampung.[2]

Selain itu, SK Tebing Rebah juga dilengkapi dengan kemudahan komputer dengan capaian internet, projek makanan tambahan dan bantuan-bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.[2]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak
Kampong Tebing Rebak
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BERNAMA (3 Januari 2017). "Hanya Seorang Murid Tahun Satu Di SK Tebing Rebak". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2017. Dicapai pada 13 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "Hanya Mempunyai 2 Orang Pelajar, SK Tebing Rebak Sekolah Paling Sunyi Di Malaysia". Sinar FM. 11 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-13. Dicapai pada 13 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]