Sekolah Kebangsaan Telok Gadong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong.jpg
Lokasi
Jalan Yadi, KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA, MAJU, JAYA
Nombor sekolah+603-337 13193
Kod sekolahBBA0002[1]
Guru besarEN MD ZOHRI BIN SALUKI
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikTN HJ SALEH BIN NORSANI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN MOHD ROZAIDI BIN AZIZAN
Faks+603-337 13193
Laman sesawang
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong.



Sekolah Kebangsaan Telok Gadong atau nama ringkasnya SK Telok Gadong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Yadi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Telok Gadong adalah diantara sekolah yang tertua kedua di Selangor. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1897. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertik dan Jalan Pelabuhan Klang. Pada masa pembukaan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut.

Bangunan asal sekolah iaitu bangunan hospital lama yang diubahsuai dengan tiga bilik darjah yang menampung 50 orang murid. Pada masa itu, Guru Besar yang bertugas ialah Encik Hitan bin Abdul Samad (1896 - 1909). Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru didirikan untuk menampung bilik darjah. Pada tahun 1935, sebuah bangsal tambahan dibina bagi menampung 300 orang murid.

Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah.

Sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. Pada mulanya, sekolah ini mempunyai dua buah bangunan sahaja iaitu blok A dan blok B yang menampung sejumlah 600 orang murid. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Harun bin Idris pada tahun 1965 iaitu Menteri Besar Selangor pada masa itu. Sekolah ini hanya mempunyai 10 bilik darjah, sebuah pejabat, padang bola sepak, gelanggang badminton, tandas, tempat letak basikal, bekalan air dan elektrik.

Pada tahun 1975, sekolah ini mendapat bangunan baru empat tingkat,. Bangunan ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada tahun 1977. Pembinaan bangunan tersebut telah menelan belanja sebanyak setengah juta ringgit. Pada tahun 1983, sekolah ini mendapat lagi dua buah bangunan baru iaitu blok D dan blok E.

Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Dua. Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Dua dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Rendah Sungai Udang.

Kini, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong mempunyai sebuah bangunan baru setinggi tiga tingkat iaitu blok F yang telah siap pada tahun 1998. Bangunan tersebut disediakan satu makmal sains dan 13 buah bilik. Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer telah didirikan di sebelah blok F dan siap digunakan pada tahun 2002. Makmal ini dapat menampung seramai 80 orang murid dalam satu masa.

Pada tahun 2003, Pendidikan Prasekolah bermula menggunakan dua kelas di blok F dan menempatkan 50 orang murid. Sebuah blok baru telah dibina untuk Prasekolah Pendidikan Khas yang bermula pada tahun 2008.

Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong memiliki 841 pelajar lelaki dan 757 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1598 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong
Jalan Yadi
Selangor,  Malaysia
Telefon : +603-337 13193
Fax : +603-337 13193

Pautan luar[sunting | sunting sumber]