Sekolah Kebangsaan Telok Jamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Telok Jamat
Lokasi
Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBAB008
Faks04-7879061
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Telok Jamat atau nama ringkasnya SK Telok Jamat, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesedaran tentang pentingnya ilmu menjadi penyebab terbinanya Sekolah Kebangsaan Telok Jamat (SKTJ). Memandangan Kampong Telok Jamat terletak jauh dari pekan Langgar, dengan sistem perhubungan jalan raya yang tidak berturap serta tiada pengangkutan, masyaraklat kampung bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah. Demi kemajuan pelajaran anak tempatan telah ditubuhkan pada awal tahun 1962.

Pengasasnya ialah Encik Ahmad bin Taib dan Encik Abdullah bin Awang Kechik. Kedua-dua tokoh inilah bertanggungjawab mengajukan masalah ketiadaan sekolah di kampung ini kepada pihak atasan.

Pada tahun 1962, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan satu tingkat (JKR 1677) untuk menempatkan pelajar tempatan yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langgar. Bangunan ini terdiri daripada empat buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat. Encik Ahmad bin Saad bertugas sebagai Guru Besar pada masa itu. Bilangan guru seramai 8 orang dan 141 orang murid.

Namun begitu bilangan bilik darjah yang disediakan tidak dapat menampung semua murid. Oleh yang demikian masyarakat kampung bersama-sama pihak sekolah telah bergotong-royong mendirikan sebuah bangsal kayu yang mempunyai 3 buah bilik darjah. Bangsal tersebut ialah Bangunan C sekarang.

Semakin hari SKTJ semakin berkembang pesat dengan pertambahan murid, kelas dan guru. Ini disebabkan oleh pencapaian sekolah semakin meningkat dan masyarakat mulai yakin terhadap sekolah ini.

Pada tahun 1983, sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan oleh kerajaan bagi mengemaskinikan lagi pentadbiran sekolah. Dengan ini SKTJ mempunyai 6 buah bilik darjah, 1 bilik kemahiran manipulatif, 1 bilik Muzik, 1 bilik sumber, 1 bilik pemulihan, 4 bilik stor dan sebuah surau.

Sehingga hari ini, SKTJ mempunyai 3 buah bangunan yang berfungsi iaitu Bangunan A (3 tingkat) yang lengkap dengan pejabat, bilik darjah dan bilik guru, Bangunan B dan C.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]