Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MUHAMMAD FAKHRY PETRA
Lokasi
 Malaysia Kampung Lembaga Rpt Kesedar Sungai Terah, 18300, Gua Musang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKESEPAKATAN MENGGAPAI KEGEMILANGAN
Autoriti pendidikanPPD GUA MUSANG
SesiPAGI
Nombor sekolah6099123346
Kod sekolahDBA8024
Guru besarHASSAN BIN CHE BEDOLAH
GPK Pentadbiran dan AkademikRUZAIDA BT MAT ZAIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAZMAN BIN SALLEH
Penolong Kanan KokurikulumSHARURY @ SHAYURY BIN IBRAHIM
Faks6099121520
Laman sesawang


Sejarah

Sejarah Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra bermula hasil pecahan sesi petang dari Sekolah Kebangsaan Gua Musang 1 pada tahun 1993. Pendaftaran murid untuk sekolah ini adalah berdasarkan penempatan murid di sekitar KTM, Kampung Tiong, RKT Sungai Terah,Kg. Batu Dua, Kg. Batu Lima, Kg. Panggung Lalat Dan Kundur. Pada masa itu, Pn. Wan Maimun Bt. Wan Mahmud telah diberi tanggungjawab oleh PPD KK/GM untuk menerajui sekolah ini. Dibantu oleh dua orang guru kanan serta 24 orang guru yang mengajar lebih 400 orang murid terdiri dari murid tahun 2, 3 dan 4 sahaja. Murid Tahun 1, 5 dan 6 belajar di SK Gua Musang 1 yang beroperasi pada sesi pagi. Bermula tahun 1994, sekolah yang baru beroperasi setahun jagung telah diberi nama rasmi sebagai SK Gua Musang 3 ( SKGM 3 )

Guru Besar yang pertama menjalankan tugas secara rasmi ialah Tn. Haji Muhamad Zake B. Hj Arshad.Beliau merupakan seorang guru besar yang tegas, tetapi peramah dan mesra dengan semua guru dan kakitangan di bawahnya. Tn. Haji Muhammad Zake meninggalkan sekolah ini pada awal 1997 setelah 3 tahun berkhidmat menyumbang bakti bersama warga SKGM 3.

Pada April 1998,SKGM 3 telah didatangi oleh guru besar baru iaitu       En.Wan Rashidi B. Hj Wan Yacob.Semasa pentadbiran beliau, usaha yang giat telah dilakukan untuk membolehkan sekolah mempunyai bangunan sendiri. Hasilnya pada Februari 2002, berlangsungnya majlis perasmian bangunan baru dengan nama baru.Bermula dari detik itu, rasmilah Sekolah Kebangsaan Gua Musang 3 ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra ( SKTMFP ). Setelah berkhidmat selama 5 tahun, En.Wan Rashidi telah bertukar angin ke Kuala Krai. Beliau telah diganti pula oleh En. Mohd Noor B. Ghani. Beliau juga tidak lama menerajui SKTMFP. Pada Jun 2004, En. Mohd Noor telah meninggalkan sekolah ini untuk menyumbang bakti di daerah Machang. Tidak lama selepas itu, pada Ogos 2004, En.Aziz B. Mat Ail telah hadir melapor diri sebagai guru besar untuk menerajui SKTMFP.Hampir 3 tahun, beliau bersama-sama warga SKTMFP mengerah keringat dan tenaga.


Pada Mac 2007, SKTMFP sekali lagi berlaku pertukaran Guru Besar apabila En.Aziz B. Mat Ail berpindah ke SK Buluh Poh, Kota Bharu.Tugas dan amanah mentadbir digalas pula oleh Pn. Toi Gee.Beliau seorang individu yang amat dedikasi dan bertolenrasi dalam menjalankan tugasan sebagai guru besar baharu di SKTMFP. Patah tumbuh hilang berganti, pada November 2013, Puan Toi Gee berpindah dari SKTMFP ke SK Sri Wangi 2.Tempat beliau diganti pula oleh En.Muhamad Pauzi B. Ahamad. Setelah itu SKTMFP menerima Guru Besar Baharu iaitu En. Mohd Khairull Azmi B.Mat Yusof pada julai 2016 dan disusuli pula selepas itu tidak berapa lama dengan En.Norazami b Nor Din sehingga Julai 2018.Selepas itu bermula Ogos 2018 hingga Dis 2020 kemudi bertukar tangan kepada Pn Farahida bt Omar yang terus memacu kecemerlangan SKTMFP. Januari 2021 sekali lagi SKTMFP menerima guru besar baharu. Al-fadhil Ustaz Hassan Che Bedolah tampil mengemudi Fakhry Petra dan sehingga kini beliau dengan penuh semangat dan dedikasi bekerja bersama-sama guru-guru dan kakitangan dengan gigih  untuk meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra
Kampung Lembaga Rpt Kesedar Sungai Terah
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099123346
Fax = 6099121520

Pautan luar[sunting | sunting sumber]