Sekolah Kebangsaan Tok Dir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tok Dir
Lokasi
Kg. Tok Dir,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU PELITA HIDUP
Nombor sekolah6096192300
Kod sekolahTBA3041
Guru besarA.RAHMAN BIN TAIB
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. NORIZAM BT SULONG
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. POZIAH BINTI AZIZ
Penolong Kanan KokurikulumEN. ABDUL SALIM BIN ADAM
Faks6096194086


Sekolah Kebangsaan Tok Dir merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Tok Dir, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia. Sekolah Kebangsaan Tok Dir memiliki keluasan sekitar 2.83 ac di atas lot-lot 3062, 3063,3071 dan 3080.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tok Dir memiliki 318 pelajar lelaki dan 313 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 631 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tok Dir ditubuh dan dibuka pada tahun 1960 oleh penduduk kampung sekitar Kg. Tok Dir, Kg. Tok Pong, Kg. Tok Rimau dan Kg. Surau Haji Daud. Ia dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kampung Tok Dir. Bangunan dan tapaknya diuruskan sendiri oleh penduduk kampung dan begitu juga dengan tenaga pengajarnya.

Guru-guru yang dilantik ialah :

En. Manaf Bin Deraman : 1960 ( 3 bulan )
En. Ismail Bin Musa : ( 1960 - 1962 )
En. Bidin Bin Muda : (1961 - 1962 )

Pada 01.01.1963 sekolah ini dinaik taraf oleh kerajaan dengan dinamakan Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu dengan menggunakan bangunan asal, semua guru diatas diberhentikan dan digantikan dengan 4 orang guru kerajaan termasuk Guru Besar En. Yusof Bin Ngah dan dibantu oleh En. Abdul Aziz Bin Mat Zin, Fatimah Binti Ibrahim, Hashim Bin Omar dengan muridnya seramai 50 orang.

Pada tahun 1967 pihak kerajaan telah mendirikan bangunan kayu tiga bilik darjah ( JKR 553 ) dan sebuah kantin ( JKR 554 ) serta pengambilan tanah seluas 2.83 ekar di atas lot-lot 3062, 3063, 3071 dan 3080 untuk dijadikan kawasan sekolah.

Pada tahun 1972, 4 bilik darjah separuh kekal lagi dibangunkan iaitu JKR 657. Pada 25 Mei 1974, bangunan JKR 657 telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Hussein Bin Dato' Onn SPMJ Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada 16.04.1992 perletakan batu asas bangunan tambahan 4 tingkat telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, SSAP, AMN, DJSN, SSSA, Menteri Kewangan Malaysia.

Tanggal bulan Mei 1993, bangunan JKR 553 dirobohkan kerana terlampau uzur. Manakala pada tahun 1993, bangunan 4 tingkat dengan 10 bilik darjah, bilik media, bilik perpustakaan dan bilik kemahiran hidup dalam pembinaan dan siap dalam bulan Julai 1994 menggantikan bangunan JKR 553.

Pada bulan September 2009 dua buah bangunan lama separuh simen Blok A ( JKR 657 ) dan Blok C ( JKR 553 ) telah dirobohkan untuk dibina dua buah bangunan baru 3 tingkat dijangka siap pada tahun 2010.

Pada 30 Julai 2011 kedua-dua buah bangunan baru tersebut telah diizinkan untuk diduduki oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Dua blok tersebut iaitu Blok A adalah blok pentadbiran yang terdiri daripada pejabat sekolah, Bilik Guru Besar dan Penolong Knana, Bilik j-QAF, Pusat Sumber, Bilik Guru dan Bilik Kaunseling.

Manakala Blok C Pula terdiri daripada 7 buah bilik darjah, 2 Makmal Sains, 1 buah Bilik Pemulihan, 1 buah Bilik Seni, 1 buah Bilik Gerak Kerja kokurikulum dan 1 buah Bilik Access. Kini SK Tok Dir mempunyai 3 bangunan kekal dan 1 buah bangunan separuh kekal. Mempunyai 18 buah bilik darjah termasuk 2 buah bilik darjah bangunan separuh kekal serta terdapat 2 buah bilik Pra Sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tok Dir
Kg. Tok Dir, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096192300
Fax = 6096194086

Pautan luar[sunting | sunting sumber]