Sekolah Kebangsaan Tok Kepak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Tok Kepak
Sekolah Kebangsaan Tok Kepak.jpg
Lokasi
Kodiang, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoTEKUN USAHA JAYA
Nombor sekolah049253791
Kod sekolahKBA4022 [1]
Guru besarAnuar Bin Zainon.
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikSiti Zamzila Bt Baharom.
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNarizah Bt Samat
SingkatanSK Tok Kepak
Faks049253791
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tok Kepak atau nama ringkasnya SK Tok Kepak atau SKTK, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak dalam PKG/Zon Ayer Hitam di daerah Kubang Pasu, Kedah. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dengan gred A.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terletak jauh di pedalaman kampung, SKTK telah dibangunkan pada tahun 1938 sebagai sebuah sekolah rakyat melalui gotong-royong penduduk kampung, terbinalah sebuah sekolah di tapak yang bertentangan dengan masjid lama di seberang sungai dalam mukim Ayer Hitam. Pengasasnya ketika itu ialah Wan Chik bin Wan Ahmad yang menjadi pengurus pertama bagi Sekolah Kebangsaan Tok Kepak.

Bangunan ketika itu cuma bertiangkan kayu gelam dan beratapkan kulit gelam. SKTK pada mulanya hanya mempunyai murid seramai 40 orang. Sekolah ini mempunyai seorang Guru Besar iaitu Encik Wan Ali bin Wan Ahmad dan seorang guru iaitu Encik Hussain Bin Ismail dari Sungai Limau. Sekolah ini beroperasi dengan lancar sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Sekolah ini kemudianya terpaksa ditutup buat sementara waktu. Pada tahun 1945, sekolah ini dibuka semula, tetapi didirikan di Kampung Golok Puting. Encik Hashim dilantik menjadi Guru Besar pada masa itu. Kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada penduduk sekitar dari Kampung Lana Bulu dan Kampung Tok Kepak.

Dua tahun kemudian (1947), Panglima Wan Chik telah memindahkan semula sekolah ke Balai Lintang Masjid Tok Kepak. Hal ini disebabkan penduduk kampung Lana Bulu telah pun mendirikan sekolah mereka sendiri. Encik Hussin bin Chin ditugaskan sebagai Guru Besar dengan dibantu oleh tiga orang guru. Pada tahun 1948, sekolah ini dipindahkan semula ke Mukim Ayer Hitam disebabkan oleh pertambahan murid. Guru Besarnya ialah Encik Wan Ismail bin Wan Chik dibantu oleh Encik Azizan Ahmad dan Encik Ali bin Mat. Gaji guru ketika itu hanya sebanyak RM30.00 sebulan hasil kutipan yuran.

Hari ini, Sekolah Kebangsaan Tok Kepak mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat yang mengandungi blok A, B, dan C yang penuh dengan kemudahan sebagai tempat murid menimba ilmu. Pada tahun 2002, SKTK telah dilengkapi dengan sebuah makmal komputer dan sebuah bilik akses untuk memudahkan murid menerokai dunia teknologi komunikasi. Makmal komputer ini dilengkapi dengan 20 buah komputer atas meja selain pelayan yang dibekalkan daripada kerajaan. Selain itu, sebuah gelanggang futsal serba guna telah dibina pada tahun 2014 bagi murid menjalankan kegiatan ko-kurikulum. Hari ini dengan dilengkapi gelanggang tersebut, murid dapat menjalani latihan dan aktiviti sukan terutama dalam sukan bola baling, bola jaring dan futsal. Tambahan lagi, sebuah gelanggang badminton dan sepak takraw terbuka juga telah dibina berhampiran tempat letak kereta. Dengan adanya kelengkapan sukan ini, beberapa orang murid telah berjaya mengharumkan nama sekolah seterusnya mewakili pasukan-pasukan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di sebelah kiri kediaman mantan imam,Haji Wan Jusoh Wan Chik dan berhadapan kediaman Dato' Haji Amar DiRaja Wan Ishak Dan merupakan datuk kepada Pendebat Terbaik MMAS.

Alamat[sunting | sunting sumber]

SK Tok Kepak,
Jalan Megat Dewa,
06100 Kodiang Kedah.
No. tel.: 04-9253791
No. faks: 04-9253791
E-mel: kba4022@moe.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Guru Besar Negeri Kedah (2006), Sejarah Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Kedah Darul Aman. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Koordinat: 6°18′19″N 100°17′12″E / 6.305243°N 100.286635°E / 6.305243; 100.286635