Sekolah Kebangsaan Tombovo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tombovo
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 11022, 88811, Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6088763508
Kod sekolahXBA4122[1]
Pengerusi PIBGEn. Sylvester Golou Asai
Guru besarPn. Venancy @ Angela Suimen
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Johari Johanis
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Hassan Ibrahim
Penolong Kanan KokurikulumPn. Janet Jurie
Faks6088763508
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tombovo atau nama ringkasnya SK Tombovo, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ketiau-Tombovo, Putatan, Penampang, Sabah.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Tombovo memiliki 375 orang pelajar lelaki dan 349 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 722 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dikenali sebagai Native Voluntary Primary School pada tahun 1962 sebelum ditukar kepada Government Primary School (Sekolah Rendah Kerajaan) Tombovo pada tahun 1963. Ia dirasmikan oleh Tuan F.G. Whelan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang terakhir berketurunan British. Asal kedudukan SK Tombovo terletak di atas Bukit Kecil pada masa itu. Bukit Kecil tersebut sudah diratakan untuk memberi ruang kepada pembinaan Dewan terbuka SK Tombovo. Guru Besar pertama SK Tombovo ialah Mendiang Clement Claudius Lotinggi. Beliau seorang guru di SK Sugud, Penampang sebelum dipindahkan ke SK Tombovo sebagai guru dan Guru Besar pada tahun 1963.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Bekas pelajar[sunting | sunting sumber]

  1. Yang Berbahagia Encik Paulus Nointin, ASDK, mantan Ahli Parlimen Penampang
  2. Yang Berbahagia Datuk Jake Anastasius Jikulin Nointin, PDGK, JP, ACAEW Charted Accountant, Pengerusi Besar Coporate Dynamic merangakap mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah, mantan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah untuk kawasan Parlimen Keningau dan kini ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah sejak 2021
  3. Puan Sylvia Jawatin, Peguam [1][2]
  4. Puan Martha Virus Malitam, Peguam
  5. Puan Sheena Alfred Jawatin, Peguam [3]
  6. Puan Mary Gilbert Sintoh, KMN, pegawai tadbir kerajaan negeri Sabah, kini bertugas di IDS

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tombovo,
Peti Surat 11022, Kampung Tombovo Putatan,
88811 Penampang,
Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088763508
Faks = 6088763508

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]