Sekolah Kebangsaan Trosor
SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampung Trosor, 31100 SUNGAI SIPUT (U), Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | SK TROSOR UNGGUL JAUHAR ULUNG |
Moto | ILMU PANDUAN HIDUP |
Afiliasi agama | ISLAM |
Autoriti pendidikan | PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR |
Sesi | PAGI |
Nombor sekolah | 6055975597 |
Kod sekolah | ABA4033 |
Pengerusi PIBG | IMAM AHMAD SHAHRIL BIN SENAJUDIN |
Guru besar | MOHAMMAD NIZAM BIN HASHIM |
Tenaga pengajar | 18 |
Jumlah penuntut | 134 |
Kelas | 6 |
Bahasa pengantar | BAHASA MELAYU |
Slogan | ILMU PANDUAN HIDUP |
Lagu | WARGA TROSOR TERCINTA |
GPK Pentadbiran dan Akademik | ENCIK ROHIZAT BIN AHMAD |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | ENCIK MOHD BADRUL HISAM BIN HAMIDI |
Penolong Kanan Kokurikulum | ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD ZAINI |
Faks | 6055971597 |
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Trosor telah mula dibina pada tahun 1904 di atas sebidang tanah yang merupakan bekas tapak rumah Penghulu Mukim Kemiri. Bagunan didaftarkan dengan nombor P.W.D 37. Tuan Haji Abdul Hamid adalah merupakan satu-satunya guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Trosor pada ketika itu. Bilangan pelajarnya seramai 30 orang dan kesemuanya adalah pelajar lelaki.
Pada tahun 1906 sebuah bangunan baru telah dibina. Untuk mewujudkan beberapa buah kelas, bangunan ini telah dibina sekatan. Pada tahun yang sama, sebuah rumah guru telah didirikan (P.W.D 38). Ketika ini bilangan pelajarnya telah bertambah.
Pada tahun 1907, terdapat dua orang tenaga penxzgajar di Sekolah Kebangsaan Trosor. Mereka adalah En Mat Yet sebagai Guru Besar dan En Md Dahan sebagai guru Penolong. Pada tahun yang sama, En Mohd Yusof telah dilantik sebagai Guru Besar bagi menggantikan En Mat Yet.
Sebuah bangunan tambahan telah didirikan pada tahun 1952. Bangunan ini didirikan secara goromg-royong oleh penduduk kampong. Guru Besar pada masa itu ialah En Maad. Pembinaan bangunan tambahan ini adalah untuk menampung jumlah murid yang begitu ramai yang belajar di sekolah ini.
En Yeob Abu Bakar telah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Trosor pada tahun 1954. Pertambahan murid yang amat ketara pada tahun 1955, sebuah rumah kedai telah disewa untuk dijadikan bilik darjah tambahan. Bilangan murid pada ketika itu ialah seramai 208 orang (109 murid lelaki dan 99 orang murid perempuan). Bilangan guru juga telah meningkat seramai 6 orang iaitu 3 orang guru berkelulusan Maktab (SITC), seorang TUOS dan 2 orang lagi guru tanpa latihan. Pada tahun ini juga seorang tukang kebun telah dilantik bagi menjaga kebersihan sekolah yang mempunyai keluasan 1 ekar, 0 rod, 19 pol. Pada 1 April 1965, sebuah lagi rumah guru (JKR 327) telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk menampung jumlah murid seramai 246 orang, pada tahun 1967 sebuah bangunan sekolah (JKR 350) telah didirikan. Bangunan ini mengandungi sebuah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah mula digunakan pada Januari 1968 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 1968 sekolah ini telah mempunyai seramai 13 orang guru iaitu termasuk seorang Guru Agama. Pada tahun yang sama seorang kerani sambilan iaitu Encik Abdul Majid B Abdul Rahman telah ditempatkan di sekolah ini. Encik Basharuddin Uda Tonik telah bersara setelah berkhidmat sebagai Guru Besar selama 14 tahun. Pada tahun 1973, En Basharuddin Uda Tonik telah bersara dan Tuan Haji Mohd Ali B Abdul Wahab telah dilantik menjadi Guru Besar. Pertambahan murid telah menyebabkan dewan orang ramai Kampung Trosor dan Madrasah telah digunakan sebagai bilik darjah.
Pada tahun 1981, sebuah bangunan telah dibina yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan tandas. Sebuah bangunan kantin juga telah didirikan pada tahun yang sama. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 10 Oktober 1985.
Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan pembinaan SK Trosor di tapak yang baru tidak jauh dari lokasi sekolah yang asal. Kerja-kerja pembinaan berlangsung selama 2 tahun dan akhirnya pada bulan Ogos 2012 SK Trosor telah beroperasi di lokasi baru dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap.
Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]
“ Wahai rakan mari semua
Warga SK Trosor tercinta
Tekun belajar gigih usaha
Bimbingan guru bersama
Hadapi cabaran di hari muka
Bersemangat berhati waja
Agar menjadi insan berguna
Itu wawasan semua
SK Trosor sekolahku tercinta
Ingati sepanjang masa
Tingkatkan kecemerlangan sentiasa
Direstui maha esa
Ilmu panduan hidup
Penyuluh kegelapan
Ilmu panduan hidup
Cemerlang masa hadapan “
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Bil | Program / Aktiviti | Tarikh | Peringkat | Pencapaian | Jumlah murid |
1. | Tilawah Siber | Daerah | Johan | ||
2. | Tilawah Siber | Negeri | Kelima | ||
3. | Kem bina juara | Negeri | Johan | ||
4. | E challenge (kriket) | Negeri | Kelima | ||
5. | E challenge (kriket) | Negeri | Penyertaan | 7 | |
6. | Stem (poster) | Daerah | Penyertaan | 1 | |
7. | Bacaan Yassin perdana | Negeri | Penyertaan | 10 | |
8. | Mobile legend sk rendah | Negeri | Penyertaan | 8 | |
9. | Padni | Daerah | Penyertaan | 6 | |
10. | Ko akademik BM | Daerah | Penyertaan | 4 | |
11. | Ko akademik BM | Daerah | Penyertaan | 2 | |
12. | Cabaran siber KRS | Daerah | Penyertaan | 1 | |
13. | Hari bumi 2021 | Daerah | Penyertaan | 20 | |
14. | Video pendek patriotik | Daerah | Penyertaan | 2 | |
15. | Video pendek patriotik | Daerah | Kelima | ||
16. | Pertandingan video ucapan
si cilik sempena hari keputeraan |
Negeri | Johan | ||
17. | Pertandingan video ucapan
si cilik sempena hari keputeraan |
Negeri | Penyertaan | 1 | |
18. | Program Pembangunan Kriket Adiwira | Kebangsaan | Penyertaan | 32 | |
19. | Merentas Desa MSSD K.Kangsar | 16 Jun 2022 | Daerah | Ke 7 & 29 | 4 Lelaki 4 Perempuan |
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Trosor
- Kampung Trosor
- 31100, Sungai Siput (U)
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6055975597
- Fax = 6055971597
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
https://www.facebook.com/sktrosor.unggul/