Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan


Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri atau nama ringkasnya SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bagi mengisi kemerdekaan yang akan tercapai pada tahun 1957, anak pribumi (MELAYU) amat penting diberi pelajaran yang setinggi-tingginya. Dengan usaha Tuan Syed Jan Al-Jaffri (bekas Pengetua Sek.Men.Ibrahim) bersama-sama beberapa orang cerdik pandai Melayu Kg.Sungai Layar, telah beersepakat untuk mendirikan sebuah sekolah Inggeris di Sungai Layar.

Dengan sokongan padu Tuan Syed Osman Al-Idid (Pegawai Daerah Kuala Muda), Jabatan Pelajaran Kedah, Datuk Penghulu, Tuan Imam, En.Ahmad Yahya (seorang Guru Besar)dan cerdik pandai tempatan,maka terbinalah sebuah sekolah Inggeris yang di daalmnya terdapat 4 bilik darjah pada pertengahan tahun 1957.

Tuan Haji Mohd.Hashim bin Yunus K.M.N (anak tempatan Sungai Petani)telah ditugaskan menjadi Guru Besar yang pertama. Ketika itu bilangan murid seramai 84 orang. Bagi menampung murid-murid yang bertambah ramai pada tahun 1960 pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan yang megandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik Guru Besar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tuan Haji Mohd.Hashim bin Yunus K.M.N (anak tempatan Sungai Petani)telah ditugaskan menjadi Guru Besar yang pertama. Ketika itu bilangan murid seramai 84 orang. Bagi menampung murid-murid yang bertambah ramai pada tahun 1960 pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan yang megandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik Guru Besar.

Tuan Haji Mohd.Hashim Yunus telah menabur bakti di sekolah ini selama 3 tahun iaitu mulai 1.1.1958 hingga 31.12.1960. Kemudian beliau telah ditukarkan ke Kementerian Pelajaran di Kuala Lumpur.

Encik Wong Ah Kee telah ditugaskan menjadi Guru Besar yang ke-2 mulai 1.1.1961 hingga 31.12.1973. Pada tahun 1965 Yang Amat Berhormat Dato’ Syed Omar Al-Shahabuddin (Menteri Besar Kedah) telah merasmikan ‘Hari Ibu Bapa’ dan seterusnya merasmikan Sekolah Inggeris Sungai Layar.

Pada 1.11.1974 Encik David Raman PJK bertukar ke sekolah ini sebagai Guru Besar yang ke-3 mulai 1.1.1974 hingga 30.9.1982. Pada tahun 1974,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Pada 1977 sejajar dengan ‘Dasar Pendidikan Baru Negara’, Sekolah Inggeris Sungai Layar ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Layar.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan baru 3 tingkat yang mengandungi 18 buah bilik darjah telah didirikan. Tahun 1982, sekolah ini telah dipilih dan diberi kepercayaan menjadi sekolah contoh Pelaksanaan  Awal KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah).Guru-guru ini dipilih menjalani kursus untuk mengajar Tahun 1 1982.Guru-guru yang telah terpilih menjalani kursus khas tersebut ialah En.Wee Ewe Peng, Pn Salmah Arih,Pn.Zaleha Shariff bersara Guru Besar,Pn.Noriah Wan The bersara Guru Besar, Pn.Asma Hj.Laidin bersara, Pn.Fatimah Hj. Bab dan Pn.Ong Kek Heang.

Pada tahun 1982 Dato’Abd Aziz b.Ismail selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan Tan Sri Dato’Murad Mohd Noor selaku Pengarah Pelajaran ketika itu telah melawat dan meninjau sendiri ke sekolah ini untuk melihat kejayaan kelas KBSR.Di bawah pentadbiran En.David Raman,banyak kejayaan telah dicapai di bidang kurikulum dan                      ko-kurikulum.

Pada 1.10.1982 apabila beliau bersara jawatan Guru Besar ini dipangku oleh Tn.Hj.Ab.Ghani Mohammad iaitu Penolong Kanan 1 hinggalah 11.4.1983.

En.Mohd Affami bin Jamaluddin telah ditugaskan menjadi Guru Besar yang ke 4 mulai 12.4.1983 sehingga 15.12.1987.Pada tahun 1983,Ketua Penolong Pengarah, Pn.Nik Faizah Mustaffa dan rombongan dari Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia telah melawat sekolah ini bagi melihat perkembangan dan kejayaan KBSR.

Pada 12.2.1984 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kama Jaya  Tuan Syed Nahar b.Syed Shahabuddin selaku Menteri Besar Kedah,telah melawat ke sekolah ini sempena Perayaan Jubli Perak (1958-1983).Dalam tahun 1986 pula Yang Berhormat Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan ketika itu telah sudi hadir seterusnya merasmi dan menyampaikan hadiah sempena Perayaan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada 6.5.1986.

Peranan dan usaha yang dicurahkan oleh En.Affani Jamaluddin telah membawa kejayaan yang cemerlang KBSR sekolah ini.Kejayaan yang dibanggakan itu menarik perhatian Jabatan Pelajaran Kedah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 1987 Tuan Hj.Yusuff b. Ismail telah bertukar ke sekolah ini selaku Guru Besar yang baru. Dalam masa pentadbirannyalah terbinanya bangunan baru yang mempunyai 4 bilik darjah secara gotong royong.Beliau seterusnya bersara setelah berkhidmat di sekolah ini mulai 16.12.1987-20.10.1989.

En.Ahmad Nganan telah bertukar ke sekolah ini sebagai Guru Besar yang ke-6.Beliau telah mencurah bakti hingga bersara pada 1990. Tempoh masa perkhidmatan beliau ialah dari 1.12.1989 hinggalah 13.12.1990.Pada 14.12.1990 hingga 30.4.1991 En.Mansor Ariffin selaku Guru Penolong Kanan 1 ketika itu, telah ditugaskan memangku jawatan Guru Besar sekolah ini sehingga 30.4.91.En.Mansor Ariffin selaku Guru Penolong Kanan 1 ketika itu telah ditugaskan memangku jawatan Guru Besar sekolah ini sehingga 30.4.91.

Tuan Hj.Abd.Aziz Shaari telah bertugas sebagai Guru Besar ke-7.Beliau berkhidmat selama 5 bulan iaitu mulai 1.5.1991 sehingga 1.10.1991.Beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Pada 1.10.1991 En.Zahid Zainul Abidin pula mula ditugaskan untuk berkhidmat sebagai Guru Besar yangke-8 di sekolah ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jafri

Jalan Sg Jagung, Sungai Layar

08000 Sungai Petani

Kedah

Tel & Fax : 04-4212668

Emel : sksyedjan.ppdkmy@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://sktsyedjan.blogspot.com/