Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
Lokasi
Jalan Tok Sulong,, 73400, Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBelajar Untuk Memimpin
Ditubuhkan1943
Nombor sekolah6079481257
Kod sekolahNBB5017
Guru besarEncik Mohd Zakir bin Md Halil (2021)
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Tamrin bin Mohamed Rakof (2021)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Khairunizam bin Mohd.Sidek
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hafizah binti Hamidon
Faks6079481257
Map


Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SK Tuanku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tok Sulong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman memiliki 242 orang pelajar lelaki dan 240 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 482 orang. Ia mempunyai seramai 37 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English School. SK Tuanku Abdul Rahman mengambil nama sempena nama Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Pada tahun 1943, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai kedua-dua peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah. Sekolah ini diambil alih oleh pihak kerajaan pada tahun 1949. Upacara Perasmian bangunan sekolah ini dilakukan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Guru Besar yang pertama ialah Encik V.M. Francis.

Pada tahun 1952, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tok Sulong. Pada tahun 1968, bangunan baru telah siap dibina dan seterusnya dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari, pada ketika ini juga peringkat menengah dan rendah juga telah diasingkan di mana peringkat sekolah menengah telah berpindah ke tapak sekarang. Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah diurus oleh beberapa orang pentadbir (Guru Besar) sehinggalah sekarang sepertimana nama di bawah:

1943 - Encik V.M Francis

1952 - Encik K.Ponnudurai

1958 - Tn. Haji Puteh b. Hj. Tahir

1960 - Encik Khanteswamy

1962 - Encik Mokham Singh

1972 - Encik Eddie Joseph

1980 - Encik Thum Kim Yee

1984 - Tn. Hj. Rashidi bin Hj. Ludin PJK

1987 - Tn Hj Zainuddin bin Madon PPN

1992 - Encik Othman bin Hassan PJK

1997 - Encik Ibrahim bin Sudin

2000 - Encik Ismail bin Bakar

2004 - Encik Nordin bin Sulaiman

2009 - Encik Kamarudin bin Ismail

2017 - Puan Hamimi binti Abdullah

2021 - Mohd Zakir bin Md Halil

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2012 - Pertandingan Koir Peringkat Daerah Tampin: Juara
  • 2012 - Pertandingan Koir Peringkat Negeri Sembilan:Ke-8
  • 2011 - Pertandingan Dikir Barat Peringkat Daerah Tampin: Juara
  • 2011 - Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Tampin: Naib Juara

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lirik:

Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Di Gemas sekolahku

Di sinilah tempat kita

Belajar dan bermain

Belajar untuk memimpin

Cogan kata sekolahku

Jadi rakyat berguna

Pada bangsa dan negara

Jadi rakyat berguna

Pada bangsa dan negara

Menjunjung cita-cita

Prinsip rukun negara

Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Bersama mencapai wawasan

Ayuh marilah kita

Maju Malaysia tercinta!

Doa[sunting | sunting sumber]

Dalam maksudnya:

Ya Allah ya tuhan kami
Terangilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu
Sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari-Mu
Selama-lamanya
Dengan Rahmat-Mu
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Makna simbol dan warna di lencana SKTAR.

Kuning = Warna Diraja

Putih = Ilmu yang suci

Ungu = Semangat berusaha

Merah = Cahaya kejayaan

Obor = Ilmu menerangi hidup

Kepala harimau = Keberanian

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Tok Sulong
73400, Gemas
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6079481257
Fax = 6079481257

Pautan luar[sunting | sunting sumber]