Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah
MotoIlmu Sinar Jaya
JenisSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahCBA0004
LokasiKampung Baru, BENTONG,, Pahang,  Malaysia
Nama singkatanSKTF
Telefon6092224440
Faks6092224440


Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah atau nama ringkasnya SK Tuanku Fatimah, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Baru.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah memiliki 408 pelajar lelaki dan 367 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 775 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PENAKLUKAN JEPUN KE ATAS TANAH MELAYU TELAH MEMBANGKITKAN KESEDARAN KEPADA DATUK PENGHULU MUKIM KAMPUNG BARU SERTA BEBERAPA ORANG PENDUDUK UNTUK MEMBUKA SEBUAH SEKOLAH BAGI ANAK-ANAK MELAYU TERUTAMANYA BAGI KANAK-KANAK PEREMPUAN. KETIKA PEMERINTAHAN JEPUN, ORANG-ORANG MELAYU DIPAKSA BERSEKOLAH DAN MEMPELAJARI BAHASA JEPUN.

PADA TAHUN 1948, SETELAH TAMAT PERANG DUNIA KEDUA, ORANG-ORANG MELAYU BENTONG TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN INI DENGAN MENGGUNAKAN STOR BEKAS PENINGGALAN TENTERA JEPUN DAN TENTERA BRITISH UNTUK DIJADIKAN SEKOLAH. PADA AWALNYA SEKOLAH INI HANYA MENAWARKAN PENDIDIKAN KEPADA MURID-MURID PEREMPUAN DENGAN BILANGAN GURU YANG MENGAJAR HANYA LIMA ORANG TERMASUK GURU BESAR. GURU BESAR YANG PERTAMA IALAH CIKGU AMINAH ROHANA BINTI MOHD LIKI.

PENDUDUK-PENDUDUK MUKIM BENTONG BERASA BANGGA DAN BERBESAR HATI APABILA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BESAR PAHANG, DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BESAR FATIMAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR KADASALLAH SHAH TELAH MEMPERKENANKAN NAMA BAGINDA DIABADIKAN SEBAGAI NAMA SEKOLAH INI, SEKOLAH PEREMPUAN TUANKU FATIMAH. TENGKU AMPUAN FATIMAH IALAH BONDA SULTAN PAHANG KINI, SULTAN HJ. AHMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDIN AL MUADZAM SHAH.

PADA 2HB. JANUARI, 1949 SEKOLAH INI TELAH MELAKAR SEJARAH PERTAMANYA DENGAN MAJLIS PERASMIAN OLEH YANG BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG DATO’ MAHMUD BIN MAT. BILANGAN MURID-MURID PADA KETIKA ITU IALAH SERAMAI 103 ORANG DARIPADA DARJAH SATU HINGGA LIMA. DARJAH SATU HINGGA TIGA DITEMPATKAN DI STOR PENIGGALAN TENTERA JEPUN MANAKALA DARJAH EMPAT DAN LIMA DITEMPATKAN DI STOR PENINGGALAN TENTERA BRITISH.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah
Kampung Baru
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092224440
Fax = 6092224440

Pautan luar[sunting | sunting sumber]