Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting
Lokasi
Kampung Bukit Laka, Bahau, 72100, Jempol, Negeri Sembilan Negeri Sembilan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Penjana Minda
Ditubuhkan2001 (23 tahun yang lalu) (2001)
Nombor sekolah06-4543786
Kod sekolahNBA6030
Faks06-4544905
Map


Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting (SKTMS) yang awalnya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bahau dengan rasminya telah dibuka pada 1 Januari 2001. Pada tahun pertama penubuhan, sekolah ini telah beroperasi di Sekolah Kebangsaan Jempol. Kumpulan pertama penubuhan sekolah ini terdiri daripada Tuan Haji Mohmad Sabere bin Zakaria (Guru Besar), Pn Hjh Normah binti Mahadi (Guru Penolong Kanan 1), Pn Hjh Bahiyah binti Abu Zarin (GPK HEM) dan En. Mohd Shah bin Latif (GPK Kokurikulum), 15 orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah. Pada waktu itu, sekolah ini hanya mempunyai seramai 209 orang murid yang terdiri dari murid tahun 1 hingga 5.

Pada Januari 2002 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baharu (bangunan sekarang) dan jumlah murid telah bertambah kepada 630 orang. Kelas prasekolah telah diwujudkan dengan pengambilan seramai 25 orang murid dan bertambah kepada 50 orang murid pada tahun berikutnya. Pada tahun ini juga peperiksaan UPSR telah dijalankan dan seramai 8 orang daripada 75 orang murid tahun 6 berjaya mendapat keputusan 5A.

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan, Bilik Mesyuarat, Makmal Komputer, 2 buah Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Skim SPBT, Kedai Buku, Kantin, Bilik Kerja, Bilik Guru, Bilik Akses Komputer, Pejabat Pentadbiran, Dewan Terbuka, Bilik BBM, bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pemulihan, Surau, Bilik Kesihatan, Bilik Bank Soalan, Kelas-kelas, 2 buah Stor Peralatan Sukan, Stor Peralatan Kerja, Tandas, Padang dan Gelanggang Permainan.

Media Sosial[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]