Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam
Lokasi
Ladang Ulu Bernam, 36500, Ulu Bernam,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU CAHAYA HIDUP
Ditubuhkan1949
Nombor sekolah6056366482
Kod sekolahABA5044
Faks6056366482


Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam atau nama ringkasnya SK Ulu Bernam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Ladang Ulu Bernam.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam memiliki 110 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 194 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam bermula dengan sebuah bangunan kayu berukuran 40 X 30 X 20 kaki. Bangunan kayu berdinding papan, beratap zink dan berlantai simen ini dibina oleh pihak berkuasa Ladang Ulu Bernam hasil daripada rayuan pekerja-pekerja Melayu dan anggota-anggota S.C yang bertugas di Ulu Bernam pada waktu itu pada tahun 1949.

Pada mulanya, pentadbiran sekolah ini adalah di bawah kelolaan pihak Ladang Ulu Bernam. Bilangan murid-murid yang mula belajar di sekolah ini ialah seramai 33 orang dan guru besar pertama ialah Encik Mohamad Daei. Pada tahun 1956, pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh jabatan Pelajaran Negeri Perak, dan guru-guru kerajaan mula dihantar untuk bertugas di sekolah ini.

Pada awal tahun 1972, sekolah ini mempunyai murid seramai 144 orang, manakala guru yang bertugas di sekolah ini seramai 6 orang. Pada masa itu, tahap pendidikan yang disediakan hanya setakat darjah 5 sahaja. Murid-murid yang ingin menyambung pelajaran ke darjah 6 terpaksa pindah ke Sekolah Melayu Sungai Samak.

Pada tahun 1974, pihak ladang diberi peruntukan sebanyak RM245,000 untuk membina bangunan yang baru dan siap pada 21 Ogos 1978. Dengan terbinanya bangunan baru sekolah ini, pelajar telah bertambah kepada 276 orang. Selain membina bangunan sekolah, kerajaan juga telah membina rumah guru untuk kemudahan penginapan guru kerana sekolah ini berada di kawasan pedalaman. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Wan Mohamed bin Hj Wan Teh, Menteri Besar Perak pada 26 Mei 1980 bersamaan 11 Rejab 1400.

Seiring era teknologi maklumat, pada tahun 2000 sekolah ini telah menerima peruntukan sebanyak RM130,000 untuk membina sebuah makmal komputer bagi tujuan P & P. Makmal ini telah mula beroperasi pada tahun 2004. Makmal ini telah dilengkapi dengan 10 buah komputer untuk murid dan sebuah komputer guru dengan kemudahan capaian internet school net.

Pada tahun 2006 sekolah ini telah menerima peruntukan sebanyak RM67,000 untuk membina sebuah bangunan pra sekolah berserta taman permaianan. Pendidikan pra sekolah telah bermula pada 1 Mac 2007. Kini pendidikan pra sekolah mempunyai seorang guru terlatih dan seorang pembantu pra.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. En. Mohamad Daei ( 1956 - 1969 )
  2. En. Bakri b. Khalid ( 1969 - 1978 )
  3. En. Norhariz b Ibrahim ( 1 Jan 1978 - 16 Nov 1987 )
  4. En. Adam b Saad ( 16 Nov 1987 - 1 Jun 1991 )
  5. En. Shokaimi b Ishak ( 1 Jun 1991 - 16 Okt 1991 )
  6. En. Adam b Saad ( 16 Okt 1991 - 17 Okt 1996 )
  7. En. Alias b Sali ( 17 Okt 1996 - 1 Feb 2001 )
  8. En. Abd. Rahim b Sulaiman ( 1 Feb 2001 - 2001 )
  9. En. Zainal Bahari b Abu Kasim ( 2001 - Mac 2004 )
  10. En. Hizam b. Mujar ( 7 Jul 2004 - 14 Okt. 2006
  11. En. Zainal b Bahari ( 16 Okt 2006 -16 Okt 2010 )
  12. En. Zamzuri b. Hj. Isa ( 16 Okt 2010 - )

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam
Ladang Ulu Bernam
36500, Ulu Bernam
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056366482
Fax = 6056366482

Pautan luar[sunting | sunting sumber]