Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Limbang, 98700, Limbang,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB5112
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai atau nama ringkasnya SK Ulu Lubai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Limbang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai memiliki 17 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 35 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai terletak kira-kira 55 km dari Limbang, utara Sarawak. Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.

Sejak 1998, guru besarnya ialah Jaul Bunyau.

Pada 2011, sekolah ini diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Dua. Pada 17 Februari 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi ke sana untuk meninjau keberkesanan sekolah tersebut. 23 sekolah lain juga diiktiraf sebagai SBT Kohort Dua.

Dalam penarafan sekolah kebangsaan, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan ia melonjak ke tempat pertama pada 2010. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga 2010, menjadikannya sebagai sekolah terbaik di negeri Sarawak.

Sekolah ini juga menjadi johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia . Ia turut menjadi dicalonkan untuk UNESCO Educational International Best Practices 2010.

Selain itu merangkul lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

Sekolah ini menjalin hubungan kerjasama dengan University Bristol, United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School, Singapura dan Kingsford Community School serta Deptford Green School, di United Kingdom.

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu hanya mempunyai 30 orang murid yang dibimbing oleh 11 orang guru dengan bantuan seorang staf sokongan.

Sekolah ini serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama manakala satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas kegunaan murid dan guru.[1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009.

Council of Commonwealth Education Ministers (CCEM) Best Practices Award

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Limbang
98700, Limbang
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.cikguhailmi.com/2013/02/sk-ulu-lubai-sarawak-permata-dalam-belantara.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]